Mak Wan Kembali Hidup Susah , Tak Mampu Beli Ubat Dan Bayar Hutang

Sebelum ini tular kontroversi melibatkan pelakon veteran di media sosial yang mana perkahwinan terbarunya hanya bertahan selama 3 bulan dan berlaku perselisihan faham antara bekas suami dan menantu.

Malah yang isu pergaduhan dirinya dengan pembantu peribadi yang juga anak angkatnya juga menjadi perbualan hangat sehingga pelbagai dakwaan mengenai dirinya diperkatakan di media sosial.

Mak Wan juga telah didakwa di Makhamah disebabkan kes berkenaan dan ianya membuatkan dirinya kurang mendapat tawaran lakonan dan dipulaukan orang sekeliling.

Sehingga kini Mak Wan menagkui terpaksa berjimat cermat kerana perlu berulang-alik ke Taiping , Perak bagi menghadiri perbicaraan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Kariernya merundum dari bulan ke bulan sehingga Mak Wan sukar mendapatkan tawaran berlakon dan itu membuatkan dirinya tidak mempunyai pendapatan sampingan.

Mak Wan mengakui ketiadaan pendapatan menyebabkan dia sukar untuk membayar hutang barangan rumah yang dibayar secara ansuran sehingga ada barang yang terpaksa dipulangkan.

“Kalau ada duit ia akan digunakan untuk bayar hutang sampai saya dapat banyak mesej memaklumkan mereka nak tarik barang-barang yang dibeli.”

“Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang. Tapi kalau ada duit saya akan terus bayar ,  sampai macam itu sekali kesusahan yang saya alami,” jelasnya lagi.

Terpaksa Berjimat

Keperluan ubat –  ubatan untuk penyakitnya juga memerlukan belanja yang tinggu sehingga terpaksa berjimat dalam perbelanjaan hariannya agar dapat memenuhi keperluan ubatnya.

“Saya juga perlu berjimat sebab nak beli ubat setiap bulan dan selebihnya digunakan untuk teruskan kehidupan,” katanya.

Kini Mak Wan hanya tinggal bersendirian dan memilih untuk menghabiskan masa dengan beribadah serta mendekatkan diri kepada Allah agar dia tidak tertekan dengan masalah hidup yang dihadapinya itu.

“Saya cuba untuk tidak menangis atau memikirkan masalah yang berlaku selain mendekatkan diri kepada Allah. Sekurang-kurangnya Allah tak tinggalkan Mak Wan. Allah masih bersama Mak Wan. Semoga Allah tak benci Mak Wan,” katanya.

Dalam pada itu , Mak Wan sempat memohon gar penerbit atau syarikat produksi sudi memberikan tawaran berlakon kepadanya untuk dia menyara kehidupan serta menampung kos membeli ubat-ubatan pada masa akan datang.

BACA INI :Shikin Maembong Kongsi Pengalaman Jadi Isteri Kedua

“Kepada penerbit diluar sana, kalau tak dapat beri banyak, cukuplah berlakon telefilem untuk bagi saya kerja. Itu sahaja saya mohon, dapat saya beli ubat,” katanya

Leave a Comment

Share Artikel Ini