Mahkamah Arahkan Ira Kazar Tak Ganggu Puteri Sarah..Padan Muka!

Wanita yang didakwa kekasih kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon, Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.

Memetik mStar Online sebentar tadi, mahkamah turut memerintahkan Ira tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial serta berhenti mengeluarkan apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.

Menurut peguam yang mewakili Puteri Sarah, mahkamah mengekalkan perintah interima injuksi kepada Ira Kazar diaman tidak boleh menggangu Puteri Sarah dan dianggap menghina keputusan mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian.

“Pihak defendan (Ira Kazar) sendiri sudah mengaju dan berjanji tidak akan membantah perintah interim injuksi sehingga mahkamah buat keputusan di akhir kes.

“Di akhir kes mahkamah kita akan kemukakan segala kerugian dan ganti rugi untuk pihak mahkamah memberikan pampasan,” katanya.

Bagaimanapun, dalam prosiding yang berlangsung hari ini, Puteri Sarah dan Ira Kazar tidak hadir dan mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk penguruskan kes seterusnya.

Ditanya adakah kes saman ini berkemungkinan akan diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak, peguam Puteri Sarah berkata, setakat ini kedua-dua belah pihak belum ke arah itu.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu. Kita bukan ‘arrogant’ (meninggi diri) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan undang-undang dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar.

 

Leave a Comment

Share Artikel Ini