Adibah Abdul Mutalib yang dikenali sebagai madu kepada pelakon Miera Leyana baru – baru ini mendedahkan yang dirinya tidak mahu bercerai dan bersedia untuk mempertahankan perkahwinannya bersama Rosland Othman yang dibina sejak 28 tahun lalu.
Adibah menjelaskan yang dia sudah memohon agar suaminya itu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan yakin dengan dirinya yang tidak bersalah sehingga mahu diceraikan oleh suaminya itu.
Dia yang masih berharap agar perkahwinan mereka dapat diselamatkan sudah melantik Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga yang melanda dalam hubungan mereka.
“Saya yakin saya tidak bersalah. Jadi sebab itu saya tidak mahu bercerai. Talak memang terletak di tangan suami, tapi saya harap rumah tangga ini dapat diselamatkan. Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku nanti,” katanya.
Adibah dan Rosland hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini bagi menguruskan urusan berkenaan penceraian mereka.
Pihak Adibah hadir bersama seorang peguam syarie, Mohd Junid Ramli dan sudah melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.
Selepas isu tentang rumahtangga mereka menjadi perbualan ramai , Adibah turut mendedahkan yang suaminya itu juga sudah lama tidak pulang ke rumah sejak berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.
Tiada Perbincangan
Malah tidak pernah ada perbincangan berkenaan rumhatangga mereka sejal berkahwin lain sehinggalah perkara tersebut dibawa ke makhamah dan suaminya itu telah bertindak mahu menceraikannya tanpa sebab yang munasabah.
“Saya pun tidak tahu dia memfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini. Saya harap dia akan dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak. Namun antara kami berdua tidak pernah berhubung,” katanya.
Terdahulu , Adibah pernah berkongsi kepada media yang anak keempat mereka telah diambil oleh Rosland tanpa pengetuannya dan kini tinggal bersama suami dan madunya.
Namuan dia tidak mempunyai masalah tentang penjagaan anak mereka kerana mereka masih menjadi suami isteri yang sah malah senang apabila suaminya itu menjalankan tanggungjawab kepada anaknya itu.
Cuma Adibah merasa terkilan kerana mereka masih mempunyai anak yang lain dan mereka semua memerlukan perhatian daripada sauminya itu termasuklah dirinya yang masih lagi isteri yang sah.
BACA INI :“Alhamdulillah , dia wanita hebat dan amat berdikari “, – Johan As’ari
“Dia ambil anak dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, anak kami terus tinggal bersama dia. Dia masih berstatus suami saya jadi saya tidak ada masalah untuk dia menjaga anak. Cuma saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab,” katanya.