Pelakon dan penyanyi kecil molek , Bella Astillah mengakui dirinya sudah lelah kerana sering didakwa sengaja mencari publisiti murahan demi menaikkan namanya di persada seni.
Melalui temubual baru – baru ini , Bella menceritakan yang dia tidak mahu lagi dikenali kerana kontroversi yang pernah melanda dirinya dan suami sehingga menyebabkan dirinya menjadi popular sehingga kini.
Malah dia lebih senang dikenali dengan bakat dan kesungguhan dalam bidang yang diceburi kerana dia sememangnya berusaha memberikan sehabis baik buat peminat yang sentiasa menyokongnya sejak dari mula muncul di kaca televisyen.
Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella juga memohon maaf kepada peminat yang kurang senang dengan kontroversi yang melanda dirinya namun tidak mampu berbuat apa – apa kerana ianya berada diluar kawalannya.
Dia juga bersyukur kerana ada peminat yang masih dapat melihat kesungguhan yang diberikan apabila menyertai rancangan Family Duo.
Percaya Pada Rezeki
“Saya mohon maaf kalau ada yang kurang senang dengan cerita-cerita saya sebelum ini. Percayalah, tidak ada sesiapa yang mahu dikenali dengan kontroversi. Tapi itu semua diluar kawalan saya.
“Sebenarnya saya bersyukur, ada yang nampak kesungguhan saya untuk menjadi penyanyi selepas saya menyertai rancangan Family Duo.
“Namun, saya percaya, kalau ada rezeki (dalam bidang seni) maka adalah namun tidaklah menekan diri,” jelasnya panjang lebar.
Dalam pada itu , Bella juga mahu orang ramai mengetahui yang dia turut sama menolak persepsi yang mengaitkan kebahagiaan dengan penampilan seseorang.
Malah curang itu adalah satu pilihan dan kalau sudah takdir ianya akan tetap berlaku walaupun pasangannya itu cantik dan sempurna pada pandangan mata orang lain.
Namun Bella masih berpegang kepada prinsip dirinya dan akan berusaha menjadi isteri dan pasangan yang lebih baik buat suami tercinta , Aliff Aziz.
“Ada yang kata, cantik mana seorang isteri itu, kalau sudah takdir, tetap akan dicurangi. Semua itu terpulang kepada diri masing-masing , kebahagiaan seseorang tidak tertakluk kepada kecantikan atau keperibadian seseorang. Ada kawan saya, penampilannya tidaklah cantik, tapi suaminya tetap sayang.”
“Ini semua ketentuan. Pasangan, kita, kalau nak tengok perempuan lain, dia akan buat. Kita isteri tak boleh buat apa-apa. Cuma kita kena perbaiki diri dan tingkat keyakinan,” jelasnya.
BACA INI :Siti Nurhaliza Dedah Punca Tolak Tawaran Jadi Juri Big Stage Musim Terbaru
Melalui perkembangan terbaru berkenaan dirinya , Bella kini bekerjasama dengan dengan penyanyi Athalia, Meernash dan Yonnyboii dalam menjayakan program yang telah disusun sempena kerjasama dengan Secret Resepi Malaysia dan Universal Music