Setelah tular tentang perbalahan antara Lufya dan kekasih baru bekas suaminya di media sosial baru – baru ini kini Lufya telah tampil memberikan penjelasan tentang perkara tersebut.
Pasangan ini telah berpisah selama 2 tahun dan masih belum berbaik namun Lufya mengakui dirinya tidak merasa cemburu jika bekas suaminya itu ingin berkahwin lagi.
Namun dia hanya mahukan bekas suaminya iu tu menjalankan tanggungjawab kepada anak tunggal mereka yang dijaga oleh sejak meraka berpisah lagi.
Lufya menyuarkan bahawa dirinya merasa kasihan dengan wanita yang menjalin cinta dengan bekas suaminya itu dan menyifatkan Julia masih mentah dan baru merasai nikmat bercinta.
“Saya dah lama tahu pasal hubungan mereka. Korang nak kahwin, silakan! Tiada siapa jealous. Sebenarnya saya cakap terus terang yang saya kesian dengan budak itu (Julia).”
“Dia masih muda… orang kata belum lagi lalui perjalanan sebagai seorang isteri dan ibu. Mungkin saya rasa dia terlalu buta dalam percintaan, tak boleh nak fikir. Untuk dia nak jadi mak tiri Haura, saya rasa it’s imposible. Kita ni tak tahu la.. risau salah cakap,” katanya.
BACA INI :Selamat Bertunang , Dai Syed Bakal Menikah Dengan Hana Dalam Masa Terdekat
Dalam pada itu , Lufya mengakui dirinya tidak senang dengan tindakan Julia yang cuba masuk campur tentang perkara yang melibatkan anak tunggalnya itu.
Malah Lufya juga mengaku dia sudah menyekat Julia di WhatsApp kerana merasakan tindakan Julia keterlaluan kerana sibuk menguruskan perkara yang bukan dalam tanggungjawabnya .
Tak Perlu Masuk Campur
“Sensitif isu ini… Kenapa ayah (Hafiz) itu minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak. Tak perlu cakap nak suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu. Itu memang tanggungjawab dia! Saya block awak sebab awak tak ikhlas.”
“Sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz. Kemudian kedua awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihat Hafiz. Jadi pada awalnya, kenapa awak mesej saya panjang seperti 360 muka surat. Kemudian, awak ada cakap nak chip in.”
“Saya tak perlu duit awak sayang, hanya perlu tanggungjawab dan kasih sayang daripada teman lelaki awak. Bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai. Kesabaran saya sudah tipis,” jelasnya lagi.
Lufya dan Hafiz pernah berkahwin pada 26 November 2016 namun berpisah pada 17 Jun 2020 dan perakra ini telah menjadi isu hangat ketika itu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Laana Haura kini sudah berusia lima tahun.