Pelakon berkebolehan , Liyana Jasmay, 35, mengakui yang dia sangat menjaga kesihatan kerana bimbang menjadi penghidap kanser kerana keluarga terdekat pernah mengalami perkara tersebut.
Dia menjelaskan yang ahli keluarganya mempunyai genetik kanser dan disebabkan itu dia sangat menjaga pemakanan dan kesihatan agar perkara itu tidak terjadi kepadanya.
Bukan itu , dia sudah mengamalkan kehidupan sihat dengan mengelakkan memakan makanan yasng telah diproses dan pengambilan gula yang berlebihan kerana menjaga tubuhnya agar kekal sihat tanpa penyakit yang merbahaya.
Liyana juga menggesa orang ramai agar lebih peka tentang perkara ini kerana kanser adalah salah satu penyakit yang sukar dairawat dan boleh menyebabkan kematian .
“Sebab keluarga kami memang genetik kanser, bapa kanser paru-paru, mak kanser otak, ibu saudara kanser payudara, perlu buat pemeriksaan penanda kanser.
“Kena titik beratkan pasal pemakan, elak gula, makanan diproses, makan sihat. Apa yang kita makan adalah apa yang akan tinggal dalam diri kita kan. Jadi, jaga-jagalah,” katanya.
Kehilangan Orang Tersayang
Bercerita tentang kehilangan orang tersayang , ibunya Datin Habsah Simpon telah meninggal dunia pada pada 11 Mei lalu disebabkan tumor otak dan ianya memberikan impak yang besar kepada kehidupannya kerana perkara itu berlaku secara tiba- tiba.
Malah arwah bapanya juga yang dikenali sebagai Datuk Jasmay Md Shah juga telah meninggal dunia pada Disember 2021 akibat kanser paru-paru.
“Selepas menjalani satu pembedahan, suami saya yang perasaan dia jalan senget kat rumah. Pada hari kami hantar dia untuk pemeriksaan, tiba-tiba dapat tahu dia ada tumor.
Namun dia sudah redho dengan ketetentuan yang telah ditetapkan dan menjadikan perkara itu sebagai pengalaman pada masa akan datang.
BACA INI :Alya Iman Semakin Seksi , Menari Dengan Baju Ketat Nampak Perut
“Sebab itu mata dia sakit selama tiga tahun. Kami pun mana tahu sebab bila sakit mata, pergi periksa mata, bukan pergi buat imbasan otak , pengalaman mengajar kita. Apa-apapun, kita kena buat pemeriksaan penuh,” katanya.