Lima Tahun Memendam Rasa, Kini Hanya Sayang Sebagai Kawan

selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak tahun lalu, isteri Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera menyatakan bahawa rasa sayangnya pada Shuk Sahar masih ada tapi sebagai kawan sahaja.

Sera ibu kenapa dua anak berkata, dia sudah memendam rasa terhadap sikap Shuk selama hampir lima tahun.

“Kalau ditanya ada rasa sayang tak, mestilah saya sayang dan cintakan dia, tapi tulah kawan sahaja macam tu. Saya tidak ada rasa lain,”

mengenai hubungan dua anaknya Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2, dengan Shuk, Sera berkata dia tidak pernah menyekat sebaliknya memberikan kebebasan

“Anak-anak memang dengan saya. Cuma masa Hari Raya Aidilfitri tempoh hari Shuk ada pergi jumpa anak di Sabah. Hubungan anak-anak dengan Shuk saya beri kebebasan, tidak ada had.

“Memandangkan Shuk sudah menetap di Pulau Pinang, jadi setiap kali ada kerja di Kuala Lumpur dia boleh saja melawat dan berjumpa anak-anak. Pendek kata hubungan anak-anak dengan Shuk tidak ada masalah,”

Sera ditemui pada sesi Meet & Greet yang mana dia dilantik menjadi Face of Inayah Beauty.

Leave a Comment

Share Artikel Ini