Pelakon kacak , Edika Yusof sering menjadi rujukan apabila sesuatu isu berkenaan rumahtangga melanda dan sentiasa dipuji kerana sangat setia menjaga isterinya.
Dalam satu temubual , Edika berkongsi bahawa dia bersikap bergitu kerana pernah mengalami keadaan tersebut apabila ibu bapanya bercerai dan ibunya terpaksa membersarkan anak – anak sendirian.
Pengalaman itu membuatkan Edika memahami perasaan seorang isteri yang terpaksa berkongsi kasih dan bersedih apabila hubungan menjadi begitu.
Tidak mahu perkara begitu berlaku kepada keluarganya , Edika bertekad untuk memberikan sepenuh perhatian dan usaha dalam memberikan kebahagian buat isteri dan anak- anak.
Edika mengakui bahawa ada dikalangan ahli keluarganya berkahwin lebih dari satu dan dia melihat perkara itu bukanlah mudah lebih- lebih lagi untuk berlaku adil kepada isteri dan anak -anak.
“Bapa saya berkahwin lebih daripada satu dan ada juga saudara lelaki terdekat melakukan perkara sama. Apa yang saya lihat, bukan mudah bagi seorang suami yang berkahwin lebih daripada satu untuk memberikan keadilan menyeluruh kepada isteri dan anak-anak mereka.”
Risau
Malah dia merasa risau apabila ramai pihak yang datang dan meminta pandangannya berkenaan isu rumah tangga orang lain termasuklah tentang hal selebriti yang berkakwin lain atau berlaku curang.
“Saya melihat bagaimana sukarnya ibu membesarkan kami adik-beradik selepas diceraikan bapa. Sukar untuk saya ulas tentang perkara ini kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Tetapi, apa yang boleh saya katakan jagalah isteri yang satu dengan baik.”
“Letakkan diri kita dalam situasi, hati dan perasaan mereka. Sekiranya seseorang lelaki itu ditakdirkan berkahwin dua, mereka kena betul-betul berlaku adil,” katanya.
“Memang risau apabila orang rujuk kepada saya tentang kisah rumah tangga orang lain. Saya bukan malaikat, hanya seorang suami yang mahu menjaga isteri dan anak-anak dengan baik.
“Sebagai suami, memang terasa tempiasnya apabila kisah begini diperkatakan ramai. Saya kena berhati-hati, pastikan hanya keluar dengan kawan-kawan lelaki bagi mengelakkan fitnah. Apa yang saya buat adalah untuk keluarga, bukan untuk orang lain,” katanya
Edika pernah menjadi perbualan hangat kerana sangat setia menjaga isterinya yang lumpuh tanpa bantuan orang lain kerana mengakui sangat kasihkan isterinya itu dan anak- anak mereka.
BACA INI :Izreen Azmida Dan Intan Salleh Kembali Berbalas Kenyataan Di Media Sosial
Malah tidak pernah terfikir unutk berlaku curang dan meninggalkan isterinya itu kerana dirinya memang tulus dan ikhlas dalam memikul tanggungjawab berkenaan.