Laudya Cynthia Bella Sudah Bernikah Dengan Jejaka Kaya Di Dubai?

Nama pelakon jelita & juga bekas isteri Engku Emran, Laudya Chintya Bella kembali menjadi bualan dia media sosial apabila didakwa baru-baru ini sudah bernikah dengan dengan jejaka berasal dari Dubai.

Malah, tular di aplikasi TikTok pernikahan seorang wanita yang didakwa pelakon terkenal Indonesia itu dengan jejaka berkenaan.

Memetik laporan media Indonesia, Laudya difahamkan kini menetap di Dubai tetapi bagaimanapun, pengurus Laudya menafikan berita pernikahan tersebut serta menyifatkan ianya khabar angin tidak benar.

“Mohon maaf, itu berita yang sangat tidak benar. Semoga kita semua terhindar dari fitnah ya. Barakallahufik,” katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai hubungan cinta Laudya dengan jejaka Dubai ini sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, Laudya bernikah dengan ahli perniagaan, Engku Emran pada 2017. Namun bercerai pada tahun 2020 dan pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Leave a Comment

Share Artikel Ini