HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Gosip

Lana Nodin Dedah Kos Pembedahan Hidung

admin by admin
October 28, 2022
in Gosip
0 0
0
Lana Nodin Dedah Kos Pembedahan Hidung
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon , Lana Nodin baru – baru ini berkongsi tentang pembedahan yang dilakukan bagi membaiki hidungnya yang cedera akibat kemalangan satu ketika dahulu.

Dia memberitahu bahawa dirinya baru saja menjalani satu proses pembedahan plastik bagi membetulkan kedudukan bahagian hidung di Seoul, Korea Selatan.

Melalui perkongsian tersebut , Lana mengakui selesa selepas melakukan pembedahan dan tiada komplikasi semasa pembedahan dilakukkan malah hidungnya semakin pulih.

Malah memberitahu orang ramai yang keadaaan hidungnya yang tiada lagi kesan bengkak atau lebam bawah mata selepas 15 hari pembedahan dilakukan.

Tidak kekok berkongsi tentang pembedahan yang dilakukan , Lana mengakui dirinya terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM166,000 bagi menjalani pembedahan tersebut.

Kos tersebut agak mahal kerana dia menggunakan tulang rusuknya bagi menggantikan silikon atau plastik yang bersifat kekal namun dia berpjuas hati kerana ianya berjalan lancar.

“Kos keseluruhan kira-kira RM166,000… kali ini agak mahal sebab saya buat langsung tak sakit. Tiada darah yang terkeluar daripada hidung.”

BACA INI : “Saya marah bersebab”, – Sheila Rusly

“Kenapa tulang rusuk? Sebab saya tak mahu berulang kali buat. Kalau apa-apa terjadi kepada saya, suami saya tak perlu nak bukakan buang plastik sebab saya guna tulang sendiri. Ini kira kekal,” jelasnya kepada orang ramai.

Kemalangan

Dalam pada itu, Lana berkata itu adalah pembedahan  kali keempat dilakukan bagi membetulkan hidungnya yang senget selepas terlibat kemalangan motosikal ketika berusia 19 tahun.

Menurut Lana lagi, menerusi pembedahan sebelum ini dia memang menggunakan silikon atau plastik namun sering mengalami jangkitan sehingga terpaksa ditukar beberapa kali.

“Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir. Saya dah tak mahu buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik pasti akan berlaku jangkitan.”

“Kalau buat di Malaysia atau Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tidak boleh makan telur tetapi di Korea, tiada pantang kecuali tidak boleh merokok atau mengambil minuman keras. Dua-dua saya tak ambil, jadi lebih senang,” katanya lagi.

Lana juga menyatakan bahawa dirinya sudah mendapat izin daripada suaminya, Mohd Daud McKienzie  dan juga ahli keluargannya sebelum melakukan pembedahan tersebut.

“Arwah ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka dah tahu. Kalau saya tiba-tiba nak ubah, memang mak saya akan mengamuk!”

“Kalau saya seorang yang suka buat pembedahan kosmetik, bibir dah tak macam sekarang. Jangan terlalu nak kecam, saya tahu saya bukan artis kegemaran korang,” katanya.

Saya berharap orang ramai tidak membuat spekulasi yang pelbagai disebabkan pembedahan yang dilakukannya itu dan berharap segalanya berjalan lancar dan tidak perlu mengulangi pembedahan kerana kosnya yang mahal dan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist