Lakonan Alia Bhat Dalam Gangubai Kathiawadi Dipuji

Aksi lakonan Alia Bhatt semakin menyerlah setelah kejayaan filem Gangubai Kathiawadi. Filem itu juga menjadikan aktres itu antara pelakon yang sangat berbakat dan terkenal di Bollywood.

 

Berdasarkan laporan Hindustantimes, pelakon terkenal Aishwarya Rai juga turut memuji bakat Alia yang mendapat peluang membintangi filem arahan Karan Johar itu.

 

 

“Saya pernah berkata kepada Alia ‘ianya sesuatu yang hebat untuk awak’ apabila menerima sokongan dan mempunyai hubungan rapat dengan Karan.

 

“Sebagai pelakon, awak tahu untuk mencari peluang yang bagus,”

– kata Aishwarya Rai.

 

Filem lakonan Alia berjudul Gangubai Kathiawadi yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kisah benar seorang ahli politik wanita yang memperjuangkan hak pekerja seks di India.

Leave a Comment

Share Artikel Ini