Gosip Artis

Tiba – Tiba Jatuh Katil Dan Tak Sedarkan Diri, Kumin KU2 Meninggal Dunia

Tiba – Tiba Jatuh Katil Dan Tak Sedarkan Diri, Kumin KU2 Meninggal Dunia – Pelawak Kumin telah disahkan meninggal dunia kira – kira pukul 12.31 tengah hari, 3 September 2020 Khamis akibat jatuh dari katil di kediamannya yang terletak di Pandan Indah, Selangor.

Salman Al Farisi, Exco Agama Persatuan Seniman Malaysia ketika dihubungi berkata Allahyarham Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail, 49, berada dalam keadaan baik – baik sahaja sebelum terjatuh dengan tiba – tiba dan terus tidak sedarkan diri.

“Kami baharu mendapat perkhabaran sedih itu sebentar tadi. Kami dalam perjalanan ke rumah sewanya di Pandan Indah untuk menguruskan jenazah.

“InsyaAllah jenazah akan dikebumikan selepas Asar. Apa-apa saya akan maklumkan kemudian,” katanya ringkas.

Pada 1 Ogos lalu, Allahyarham terpaksa dibawa ke hospital dengan bantuan daripada pihak bomba.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk dimandikan serta akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, pada 31 Julai lalu, Kumin dimasukkan ke hospital selepas mengadu kebas anggota badan akibat serangan angin pasang. Allahyarham dibawa ke Hospital Ampang dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.

Kumin pernah mengecap populariti sebagai penyanyi duo KU2 dan fokus kepada kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi. KU2 turut dianggotai Allahyarham pelawak Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi.

Duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker