Kontrak Royalti Arwah Bapa Bakal Tamat, Sazali P Ramlee Bimbang Tidak Dapat Teruskan Kehidupan

Anak kepada seniman berbakat besar Allahyarham P Ramlee, Sazali, menyuarakan kebimbangan apabila kontrak royalti lagu karya bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) bakal tamat pada tahun depan.

Sejak pandemik COVID-19 melanda, jumlah royalti yang sazali terima semakin berkurang. Dia masih berharap kontrak royalti MACP akan bersambung kerana dia hanya bergantung dengan perolehan berkenaan yang diterima sekali dalam setahun.  

berdasarkan perjanjian, royalti hanya boleh diperolehi selama tempoh 50 tahun selepas pemergian P Ramlee. Ujar Sazali, memandangkan kontrak royalti MACP akan tamat tahun depan, dia memohon sekiranya ada pihak yang sudi untuk tampil membantu dirinya dan isteri meneruskan kehidupan memandangkan mereka sudah tidak berdaya untuk bekerja.

Selama ini, saya bergantung hidup dengan duit royalti untuk membeli barangan dapur, pengangkutan ke hospital, rawatan fisio kaki yang cedera akibat kemalangan, temu janji dengan doktor setiap tiga bulan kerana menghidap asma dan darah tinggi serta penyakit tulang belakang yang dihidapi isteri. Saya nak minta tolong dengan siapa sebab sekarang ini semua pun susah. Saya tak boleh buat apa-apa kalau tahun depan kontrak tamat dan sudah tak terima wang royalti yang menjadi kegunaan utama selama ini.

Tambahnya lagi, jika ada yang sudi membantunya secara bulanan Sazali sangat menghargainya. Padanya nilai bantuan tidak perlulah tinggi cukuplah sekadar dia dan pasangannya meneruskan hidup.

Leave a Comment

Share Artikel Ini