Pelakon dan pengacara berbakat , Sharnaaz Ahmad baru – baru ini yang hadir di Makhamah kerana pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium pada Jun tahun lalu.
Pertuduhan itu telah membuatkan dirinya mendapat pelbagai kecaman dan kritikan daripada netizen kerana tindakannya yang menderakan individu tersebut.
Tidak hanya mendiamkan diri , Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memberikan kebebasan kepada netizen untuk meluahkan pandangan mereka tetapi dirinya tetap berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini.
Malah dia mengakui dirinya langsung tidak terkesan dengan sindiran segelintir netizen yang melabelnya sebagai kaki pukul dan seorang yang panas baran kerana sikapnya itu.
Berbalas Kenyataan
Melalui sebuah hantaran di media sosial , Sharnaaz tampil membalas kenyataan daripada seorang individu yang melabelnya sebagai samseng dan Sharnaaz tidak sepatutnya berkelakuan buruk kerana dia menjadi contoh kepada masyarakat.
“Baik uncle. Terima kasih atas nasihat. Saya bukan samseng. Saya pun dah lunyai dengan salah anggapan,” tulisnya.
“Saya okay je mana mana pun. Mafia pun okay, popia pun okau. Yang penting, bila dipijak, bangun pijak balik. Itu ayah saya ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri. Itu cara saya ya uncle,” tulisnya panjang lebar.
Individu tersebut nampaknya tekad menyuarakan pendapatnya tanpa mengetahui tentang apa yang terjadi sehingga menyebabkan perkara itu berlaku.
“Sebagai artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya, peminatnya.
“Sharnaaz, awak belum bertemu ruaslagi. Takut nanti awak yang lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yang setanding,” tulis individu tersebut tersebut.
Berdasarkan laporan Utusan , Sharnaaz dikatakan telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki pada Jun tahun lalu.
BACA INI :Mak Wan Kembali Hidup Susah , Tak Mampu Beli Ubat Dan Bayar Hutang
Sharnaaz dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 oleh seorang penjamin sebelum kes tersebut disebut semula pada 6 Mac 2023.