kisah Cinta Toksik Antara Megan Fox Dan Machine Gun Kelly Mencetuskan Kerisauan Dikalangan Rakan-Rakan Dan Keluarga

Dikhabarkan rakan-rakan Megan Fox tentang hubungan toksik antara Megan Fox dan Machine Gun Kelly.

menurut majalah OK! Seseorang yang rapat dengan pelakon berusia 35 tahun merasakan dia telah terlalu taksub dengan penyanyi rap itu sehingga tiada apa yang penting selain kekasihnya.

Machine Gun Kelly atau nama sebenarnya Colson Baker 32, telah memberitahu kepada Howard Stern dia sanggup mati bunuh diri atau sanggup membunuh jika dia dan Megan berpisah.

Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh MGK, rakan-rakan dan keluarga menjadi risau dan merasakan perhubangan mereka berdua menjadi terlalu toksik sehingga sanggup bergurau dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Kenyataan dari sumber yang rapat dengan pasangan ini, sering bergaduh dan bertengkar. Tambahnya lagi cara mereka berkomunikasi juga agak agresif antara satu sama lain semasa mereka bergaduh.

ini menunjukkan fasa bulan madu mereka telah tamat kerana sering bertengkar.

Leave a Comment

Share Artikel Ini