Pelakon kacak , Hun Haqeem berkongsi cerita yang dirinya pernah mendapatkan rawatan psikiatri kerana mengalami masalah kesihatan mentalnya setahun yang lalu.
Namanya yang pernah menjadi pilihan utama media juga menjadi punca kepada masalah mentalnya kerana tertekan dengan segala yang melibatkan kerjayanya.
Hun atau Haqeem Hermy, 26, juga mengakui yang kesihatan mentalnya terganggu disebabkan berlakunya masalah peribadi namun tidak berkongsi secara langsung kepada media dan orang ramai.
Hun mengatakan yang gangguan seperti tiu berlaku kepada orang ramai tidak terkecuali golongan selebrti yang terpaksa menahan segalanya kerana mahu menjaga nama baik sendiri.
Dugaan
Namun bersyukur kerana dapat menangani segalanya dengan baik dan menerima segalanya dengan redha malah menyifatkan perkara yang terjadi sebagai dugaan buatnya unutk menjadi manusia yang lebih baik.
“Setiap orang akan mengalami masalah kesihatan mental, tidak kiralah dia seorang selebriti atau pun tidak sebab itu semua dugaan dari Allah.”
“Kesihatan mental saya terganggu sepanjang 2021 dan 2022, malah ia adalah tahun paling mencabar buat saya. Banyak perkara yang terjadi tapi saya tak dapat kongsi secara terperinci.”
“Apa yang boleh saya kongsi, ia ada melibatkan beberapa perkara dalam karier seni dan masalah peribadi,” jelasnya lagi.
Bercerita tentang masalah yang membuatkan dirnya tidak selesa adalah apabila dia merasakan dirinya sering bersikap dingin apabila berhadapan dengan ahli keluarga tanpa sebarang sebab tertentu.
Malah saat itu , dia seringkali menyendiri dan merasa kekosongan kerana kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling sehingga memilih untuk mendiamkan diri.
“Perasaan saya ketika itu kosong, kalau bercakap dengan orang atau keluarga macam terpaksa. Mungkin ada yang pandang remeh mengenai perkara ini tapi tidak bagi saya.”
Bukan itu sahaja , Hun juga kurang meluangkan masa bersama keluarga kerana sikapnya yang dingin dan suka menjauh daripada keluarganya .
Namun Hun merasa bersyukur kerana dikelilingi oleh orang – orang yang oriharin terhadap dirinya dan banyak memberikan sokongan serta membantu dirinya untuk pulih.
“Sikap saya juga kadang kala menakutkan anak buah saya memandangkan mereka berharap saya dapat meluangkan masa bersama mereka.”
“Tapi syukur keluarga dan rakan baik banyak beri sokongan. Orang sekeliling pun banyak bantu saya ketika itu,” ceritanya.
Berkongsi tentang pengalaman dirinya selama lebih setahun , Hun dengan tegas tidak bersetuju tentang apabila orang ramai menasihati pesakit mental untuk melakukan amalan kerohanian semata – mata agar lebih mudah sembuh.
Namun Hun menegaskan yang pesakit mental memerlukan rawatan daripada pakar dengan meluahkan dan berkongsi perasaan agar pesakit benar – benar pulih seperti sedia kala.
“Masalah mental ini tidak bergantung kepada agama sahaja, kadang-kadang kita kena minta bantuan dan berbual dengan manusia juga.”
BACA INI :“Mereka semua memang baik dan segala urusan dipermudahkan,”- Bad Indigo
“Saya terpaksa lalui 10 kali sesi perjumpaan dengan pakar dan ia mengambil masa setahun untuk pulih. Alhamdulillah sekarang semuanya sudah kembali normal,” katanya.