Sebelum ini Datuk Afdlin Shauki yang menentang penutupan sementara Crackhouse Comedy Club yang mencetuskan kontroversi setelah seorang pelawak wanita mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.
Afdlin Shauki menyatakan bahawa permasalahan berlaku membabitkan individu, kejadian itu tiada kena-mengena dengan tempat itu sebagai platform ketengahkan bakat.
Shahrol Shiro seorang pelawak, berkongsi pendapatnya dilaman Instagram miliknya dimana dia tidak bersetuju dengan kenyataan yang telah dikeluarkan seniornya itu. Shahrol berkata, penutupan sementara lokasi itu ada betulnya bagi membantu siasatan.
“Ada dua persoalan yang bermain di fikiran saya. Pertama, sebagai penganjur dan pemilik premis kita punya hak untuk menghalang sebuah persembahan jika ia melanggar batas-batas terutama isu sensitif yang membabitkan kesucian agama Islam.”
“Adakah ia tidak diberitahu kepada pelawak yang akan membuat persembahan terlebih dahulu? Dan jika ia melanggar batas itu kenapa penganjur tidak terus naik ke atas pentas dan membatalkan persembahan serta-merta dan kita melihat seolah-olah penganjur meraikan persembahan komedi itu.”
“Kedua, adakah sebelum ini pihak penganjur pernah melepaskan ‘content’ (kandungan) sebegini atau lebih sensitif lagi kerana ada lagi beberapa video yang akan tular dan mengundang kemarahan masyarakat lagi.”
“Pada pendapat saya biarlah ditutup sementara bagi membantu siasatan. Analogi ‘swimming pool’ agak kurang tepat digunakan untuk kes ini. Ada masa kita bangkang dan ada masa kita bertenang buat sementara,”
Di akhir hantarannya itu, dia mengajak melahirkan pelawak Malaysia mempunyai pemikiran yang cerdas tanpa melanggar batas