Penyanyi popular Aizat Amdan, 33, baru – baru ini menjadi perhatian ramai apabila tampil dikhalayak ramai dalam sebuah konsert yang dihadiri ramai peminnat daripada pelusuk negeri.
Persembahan Aizat pada hari tersebut sangat memuaskan dan masih berbisa seperti dahulu namun apa yang menjadi bualan adalah pihak yang memberikan kritikan terhadap tubuhnya yang kini sudah berisi selepas berkahwin.
Tidak mahu memanjangkan cerita , Aizat memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mahu membalas kenyataan tersebut kerana bersikap profesional dan merasakan perkara tersebut tidak perlu diperbincangkan secara terbuka.
Malah Aizat hanya berkongsi tentang keterujaan apabila dapat kembali membuat persembahan di hadapan khalayak ramai selepas sekian lama industri seni ‘berehat’ bagi membanteras penularan Covid-19.
Seronok Dengan Kehadiran Peminat
Tidak menyangka dirinya masih mendapat sambutan yang hangat hingga dikerumi peminat yang merakam dan bergambar dengannya semasa konsert tersebut.
“Saya tak nak jawab mengenai isu (body shaming) itu.”
“Sejujurnya saya sama sekali tidak menyangka peminat yang hadir begitu ramai kerana tidak dinafikan artis tempatan mengalami kesukaran pada ketika ini.”
“Terutama, buat penyanyi solo untuk mendapatkan ‘crowd’ (penonton), yang begitu ramai bukan mudah. Saya sememangnya terkejut dan teruja dengan sambutan yang diberikan.”
“Malah, kekuatan yang diberikan itu juga merupakan faktor utama kenapa saya masih aktif dan terus berjuang menghasilkan muzik. Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri untuk menyokong saya,” ceritaya lagi.
Kisah “body shaming ” ini sudah lama tular di media sosial malah ada juga yang selalu mempersendakan fizikal orang ramai secara terang – terangan namun gejala ini masih berterusan tanpa kawalan kerana tiada tindakan keras dikenakan kepada si pelaku.
Namun rata -rata peminat tidak bersetuju dengan komen buruk tentang tubuhnya kerana dia masih dapat menyanyi dengan baik dan mempu memberikan persembahan yang bagus.
BACA INI :Syamsul Didakwa Sudah Berkahwin , Puteri Sarah Kongsi Status Di Media Sosial
Mereka juga berharap agar Aizat diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjada badan sperti dahulu agar tetap menjadi idola kepada peminatnya dalam apa jua aspek yang dilakukannya.