Pelakon jelita , Reen Rahim baru – baru ini telah meluahkan rasa terkilan apabila dituduh sombong dan tidak mahu melayani peminat pada sesi bertemu peminat yang diadakan semasa melancarkan produk terbarunya.
Reen didakwa sengaja mengelak untuk bergambar dengan peminat dan tidak mahu memenuhi permintaan peminat unutk bergambar bersamanya.
Reen berkongsi komen tersebut melalui sebuah hantaran di Ig miliknya kerana merasa individu tersebut keterlaluan sehingga meninggalkan komen seperti itu di laman sosial miliknya.
Hilang Sabar
Malah komen yang ditulis oleh individu tersebut telah menyebabkan dia hilang sabar sehingga dia membalas komen daripada individu tersebut dengan sinis tetapi tegas .
“Spoil my mood. Kau ingat artis ni hamba abdi kau ke hanat. Aku pantang betul kena sergah macam ni. Kau masuk rumah aku, masuk Ig, TikTok, FB aku cuba bawa adab sikit.
“Aku jarang-jarang layan. Selalu aku block. Tapi ni lebih lah. Macam ni lah artis-artis kena selalu tu ek?,” tulisnya.
Melalui perkongsian tersebut, seorang individu dilihat meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat bergambar bersama selepas pelakon itu meminta izin untuk pergi ke tandas terlebih dahulu.
Namun Reen tidak merasa terkesan dengan komen itu tetapi ada individu lain seperti menuduh Reen sengaja mengelak kerana tidak mahu bergambar dengan peminatnya itu.
Perkara itu telah menyebabkan Reem merasa marah dan kesal kerana terkadang sesetengah netizen yang suka melabel selebriti sombong sedangkan mereka juga manusia biasa.
“Aku jadi panas, sebab baru-baru ni ada viral artis dituduh sombong. Macam inilah kesnya. Satu dua mulut lahanat je. Kau ingat aku mak kau ke nak layan kau je sampai nak berak makan pun tak boleh.
“Mungkin artis lain kena macam-macam, salah ke tak salah ke dorang kena jaga nama and minta maaf juga walaupun tak salah.
“Dengan aku silap ek. Kau datang elok, 10 kali elok aku sambut. Kau datang macam lahanat, 1000 kali lahanat aku bagi muka kau. Artis pun manusia,” tulisnya lagi .
BACA INI:Anak Sharifah Zarina Terkilan Apabila Ibu DiKritik Netizen
Tidak mahu memanjangkan perkara tersebut , Reen berharap orang ramai lebih beradap apabila berhadapan dengan artis kerana artis juga sama seperti orang lain yang memerlukan “privacy” ketika berada di tempat awam.