“Kami bekerja secara profesional “,- Ewal Kristal

Vokalis baru kumpulan terkenal Kristal, Ewal Ismail, 31, mengakui yang dirinya masih lagi menjalin hubungan baik dengan bekas tunangnya yang juga penyanyi Adda Baharuddin , walaupun bekas kekasihnya itu sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya pada hujung tahun lalu.

Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail mengakui yang dia tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan Adda kerana perkara itu dan menerima segalanya dengan terbuka.

Malah berkawan rapat dengan Rody Kristal yang juga abang kepada Adda dan bekerjasama dengan baik tanpa ada masalah peribadi dengan mereka.

Mereka juga sudah dewasa dan matang dalam membuat keputusan tentang masa depan mereka dengan baik tanpa perlu merosakkan persahabatan yang terjalin antara mereka.

“Alhamdulillah, hingga sekarang hubungan saya bersama Rody dan Adda tetap sangat baik dan profesional. Kami tiada masalah langsung selepas apa yang berlaku kerana masing-masing bersikap matang.

Adda juga masih lagi bekerjasama dengan Ewal dan sering ke studio untuk merakamkan  lagu cover dan bekerjasama secara profesional tanpa memikirkan masa lalu tentang mereka.

“Adda sendiri masih lagi datang ke studio saya untuk melakukan rakaman lagu ‘cover’ dan sebagainya kerana kami bekerja secara profesional. Kami pun bukan budak-budak lagi,” ceritanya lagi.

Ewal kini lebih sibuk bekerja dan memenuhi undagan persembahan di serata negeri dan dalam fasa menstabilkan ekonomi dirinya unutk masa depan yang lebih baik.

Fokus Pada Karier

“Sebagai ‘rocker’ sejati tidak ¬†perlu dia bersedih lama-lama. Ujarnya, semua yang terjadi sudah aturan takdir dan Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

“Sekarang fokus saya pada karier kerana undangan persembahan nyanyian pun masih membangun sangat. Saya fikir lebih baik berikan tumpuan pada mencari duit dulu dan stabilkan ekonomi.

“Saya pun belum terfikir lagi nak bercinta buat masa ini. Saya selesa dengan kehidupan solo dan banyak benda juga yang saya nak buat. Apatah lagi, undangan persembahan menyanyi solo pun banyak diterima,” katanya.

Sekadar info , Ewal pernah bertunang dengan Adda atau nama sebenarnya, Nur Syuhada Baharuddin, 35, yang ketika itu berstatus ibu tunggal dua anak pada 10 September tahun lalu namun hubungan itu terputus di tengah jalan .

BACA INI :Alif Muhaimin Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Tetapi pasangan ini memilih untuk memdiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hubungan mereka yang terputus di tengah jalan .

Leave a Comment