Kepala Cedera Parah , Kamal Adli Teruk Diserang Lelaki Tak Dikenali

Pelakon terkenal  , Kamal Adli mengalami cedera parah pada bahagian kepala akibat diserang oleh seorang individu yang tidak dikenali, di Singapura, malam tadi.

Perkara tersebut telah dikongsi isterinya dan rakan artis di media sosial yang mana perkara tersebut berlaku terlalu pantas sehingga tidak mampu berbuat apa- apa ketika kejadian itu berlaku.

Mereka yang berada di satu acara karnival jualan di negara tersebut mengakui terkejut dan trauma dengan kejadian tersebut kerana tidak menyangka kejadian seperti itu berlaku kepada selebriti yang menjayakan expo tersebut.

Uqasha menjelasakn insiden itu berlaku selepas selesai menyertai sebuah acara di Singapore dan ketika ingin pulang ada individu yang mahu bertemu dengan Kamal tetapi tiba- tiba memukulnya menggunakan cotar dengan ganas.

“Ketika kami bergambar bersama seorang peminat, seorang lelaki tiba-tiba memanggil nama Kamal sebelum memukulnya berkali-kali di bahagian kepala, muka dan badan dengan cotar dan senjata tajam sehingga cedera parah.”

“Kejadian tersebut berlaku di depan mata saya. Kami tidak kenal pun lelaki tersebut,” jelasnya.

Ketika kejadian itu berlaku , individu telah dileraikan oleh orang ramai dan sudah ditangkap polis bagi soal siasat namun yang lebih merisaukan adalah pelaku tersebut mengaku disuruh oleh individu lain untuk melakukan perkara tersebut.

“Ketika kejadian berlaku, ahli keluarga saya semua ada di lokasi tersebut. Lelaki berkenaan berjaya ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.”

Beri Amaran

Malah tidak rasa bersalah menjerit dan meninggalkan amaran kepada Uqasha sekeluarga untuk berhati – hati kerana masih belum selesai hati dengan Kamal.

“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami,” ujarnya.

 

 

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak.

“Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.”

“Hal yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya,” katanya.

Kamal telah dikejarkan ke Hospital Besar Changi Singapura dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan disebabkan bahagian belakang kepalanya koyak teruk.

Dalam pada itu, Uqasha menjelaskan lelaki berusia 34 tahun yang menyerang Kamal bukanlah orang tidak siuman selain menegaskan individu itu adalah warganegara Singapura berdasarkan kad pengenalannya.

Uqasha turut meluahkan rasa kesal apabila kerana terdapat segelintir netizen meninggalkan komen tidak baik terhadapnya gara-gara dia membuat kenyataan Kamal diserang penduduk negara tersebut.

“Suami saya kena pukul dengan orang Singapura, memang warganegara Singapura, saya sendiri lihat kad pengenalan dia. Tapi saya tak cakap semua orang Singapura itu jahat.

“Lelaki yang libas suami saya pakai cota besi itu siuman, normal. Kalau tak ada benda baik nak cakap, jangan cakap apa-apa. Suami saya berdarah depan mata saya, saya trauma dan menggigil,” katanya.

Menerusi ruang komen, ada segelintir netizen mempertikaikan tuduhan dibuat secara melulu melibatkan kerana ia melibatkan warga Singapura dan tidak menerima warganegara mereka dituduh dengan perbuatan kejam seperti itu

 

Tidak mahu memanjangkan isu tersebut , Uqasha hanya menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis Singpore agar dapat diselesaikan dengan saksama.

BACA INI :“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang ramai “, Remy Ishak

Terkini , Kamal sudah sedar daripada pembedahan dan Uqasha hanya memohon doa orang ramai agar Kamal kembali puluih seperti sedia kala.

Leave a Comment

Share Artikel Ini