“Kali Terakhir Kami Berlakon Watak Suami Isteri”- Namron

Berita pemergian penyanyi dan pelakon serba boleh Adibah Noor telah mengejutkan ramai terutama peminatnya.

Rakan-rakan artis juga berkongsi tentang bintang seni tersebut setelah mendapat berita pemergiannya. Ada juga yang telah mengetahui tentang sakit yang dirahsiakan itu sejak bulan lepas.

Baru-baru ini pelakon dan pengarah Namron turut berkongsi pengalaman akhir berlakon dengan Adibah Noor dalam sebuah filem bertajuk Eraser.

Dia juga memberitahu bahawa sudah mendapat berita tentang sakit kanser yang dihidapinya sejak sebulan lalu melalui Dato Zainal Abidin.

“Bulan 2 lalu, kami berlakon bersama dalam filem Eraser sebagai suami dan isteri.

Bulan lepas, Dato Zainal Abidin memberitahu saya yang Adibah disahkan mengidap kanser dan telah selamat menjalani pembedahan pada ramadan lalu”

 

 

Namron juga berkata bahawa industri telah kehilangan seorang penghibur yang penyayang serta disayangi oleh ramai orang. Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

“Sebentar tadi saya mendapat berita menyedihkan dia telah kembali mengadap ilahi.

Kita kehilangan seorang penghibur yang penuh kasih sayang dan disenangi oleh semua yang pernah berkerja bersamanya. Kehilangan yang tak akan ada penganti”

“Innalilahiwainnalillahirojiun semoga beliau tenang di sana”

Leave a Comment