Susulan dari kes kehilangan bekas personaliti TV popular Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu, sahabatnya Zakiah Anas tampil membuat kenyataan.
“Kami cuba menghubungi Zalina, selama ini. Saya antara geng lama yang memang rapat dengannya.
“Antara lain, Dang Suria Zainurdin, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan ramai lagi. Ini memang geng lama ketika kami bekerja di studio TV3, Jalan Liku, Bangsar.”
Zakiah Anas dan rakan-rakan lain juga dikatakan pernah ingin menghubunginya namun gagal.
Mereka menyangka Zalina sekadar mahu ‘low profile’ namun terkejut apabila mendapat tahu anaknya juga membuat laporan polis berkaitan kehilangan.
“Jadi, apabila nak berjumpa, kami cuba menghubunginya, tetapi tak dapat. Malah, apabila menghubungi, tiada dering. Itu pun sangat lama, saya rasa dalam beberapa tahun lalu saya cuba menghubunginya.”
“Kami ingatkan Zalina mahu menjalani kehidupan ‘low profile’, jadi kami hormati pendiriannya. Namun, kami terkejut apabila anaknya membuat laporan polis.”
“Rupa-rupanya dalam masa tertanya-tanya, anak dia pun sedang mencari,”
Zakiah menambah, kali terakhir dia berjumpa dengan Zalina adalah ketika majlis doa selamat dalam tahun 2013.
Mereka ‘lost contact’ sejak sudah bekerja bersama di TV3. Dia turut berkongsi bahawa dia mahu menghormati privacy rakannya itu lalu tidak mahu mengacaunya.
“Saya rasa kali terakhir saya berjumpa ketika Zalina membuat majlis doa selamat sebelum ke Makkah. Kalau tak salah dalam 2013. Lepas balik haji, kami terus tidak berhubungan.
“Jadi, sangat lama kami tidak berjumpa dengan Zalina.
“Kami ‘lost contact’ sejak tidak bekerja dengan TV3. Dia pun mungkin sibuk dengan keluarganya, jadi kami tak nak kacau dan faham kehidupan masing-masing.
“Dengan rakan lain, walaupun tak jumpa, kami masih berhubungan. Malah, Zalina juga tiada laman sosial seperti Facebook dan Instagram kerana dia sangat ‘low profile’. Kawan baiknya, Ras Adiba dan Datin Nor Azlina Redzuan juga tidak dapat menghubunginya,”