“Kalau rasa tak sesuai , jangan tengok” – Amelia Henderson

Selepas tular tentang pandangan tentang filem Pulau baru – baru ini , Amelia Henderson turut mendapat komen negatif apabila dia turut sama berlakon dalam filem tersebut.

Namun Amelia tampil mempertahankan dirinya dengan menegaskan bahawa dirinya langsung tidak terlibat dalam babak panas dalam filem tersebut kerana dia faham tentang penonton di Malaysia.

Filem tersebut dikatakan tidak bersesuaian untuk tontonan masyarakat kerana keterlaluan dan pemakaian mereka yang terlibat dalam filem itu terlalu seksi dan tidak sesuai untuk tontonan keluarga.

Menurut Amelia , dia mempunyai karekter tersendiri dalam filem tersebut namun tidak akan memaksa orang ramai unutk menonton filem tersebut jika merasa tidak bersesuaian.

Tak suka jangan tengok

“Orang kena tengok movie itu dulu dan tengok karakter saya dalam filem itu macam mana tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka jangan tengok,” katanya.

Amelia mengaku yang dia sudah mengetahui tentang babak panas dalam filem tersebut namun tidak terlalu memikirkan perakara itu kerana tidak mempunyai kaitan dengan watak yang dibawanya.

Dia hanya memberikan fokus kepada wataknya dan memberikan kerjasama kepada pengarah demi mendapatkan lakonan yang sempurna untuk kepuasan penonton.

“Saya fokus pada watak dan jalan cerita watak saya saja , saya hanya ambil tahu mengenai watak saya saja supaya saya boleh menjiwai watak saya sepenuhnya dengan cara yang betul,” katanya lagi.]

BACA INI : Alif Satar Nafi Terlibat Dalam Babak ‘Panas’ Filem Pulau

Selain Amelia, filem arahan pengarah, Euho itu juga membariskan barisan pelakon hebat seperti Alif Satar, Namron, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi, Vikal dan ramai lagi.

Leave a Comment

Share Artikel Ini