“Kalau boleh berdamailah, bukan masalah besar sangat pun” – Kazar

Setelah pelbagai tohmohan dan juga kejian diterima anak kepada pelakon popular , Kazar , kini beliau tampil mempertahankan anak kesayangannya itu.

Malah memohon orang ramai agar tidak terus menghukum dan menyalahkan anaknya itu tentang perkara yang berlaku sehingga membuatkan mereka sekeluarga juga menerima kesannya.

Pelakon vateran berusia 63 tahun itu juga berharap masalah yang memebabitkan anaknya , Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat diselesaikan secara baik dan berdamai.

“Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita. Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat,” katanya.

Sokong Anak

Kazar turut mengatakan bahawa dirinya sentiasa menyokong anaknya dan menyebelahi anaknya namun tidak mahu mengulas lebih lanjut berkenaan perkara tersebut kerana sudah menjadi kes makhamah.

“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah. Ira okey sahaja… kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya,” katanya.

Setelah beberapa lama kes ini berlanjutan , tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ira dan juga Syamsul malah mereka dilihat sengaja mendiamkan diri dan membuatkan orang ramai meninggalkan komen negatif di media sosial mereka.

Menjengah ke ruangan hantaran Puteri Sarah hari , dia dilihat memuat naik kenyataan yang dikeluarkan oleh Kazar dan meminta perkara tersebut dibincangkan di ruangan komen hantaran berkenaan,

Rata- rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan Kazar dan menuduh Kazar tidak berhati perut kerana tidak mahu menegur dan menasihati anaknya kerana merosakkan rumahtangga orang lain.

Walaupun lelaki boleh berkahwin empat tetapi cara yang dilakukan oleh anaknya itu adalah salah dan tidak sepatutnya dia mengganggu Puteri Sarah hanya kerana mahu memiliki suaminya .

 

Sekadar info , Puteri Sarah sebelum itu telah menggemparkan dunia seni apabila nekad membuat dua aduan di Jabatan Agama Islam (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya. 

Malah Puteri Sarah sebelum ini membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan ke atas dirinya.

BACA INI :Adam Shahz Nafi Tuduhan Bekas Isteri Soal Nafkah Anak

Untuk rekod Pengarah Jawi , Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga yang membabitkan Sarah serta Syamsul.

Leave a Comment