Justin Bieber Semakin Pulih, Bakal Sambung Konsert Jelajah

Justin Bieber dikhabarkan bakal meneruskan konsert jelajahnya iaitu Justice World Tour dalam masa terdekat.

Justin atau nama sebenarnya Justin Drew Bieber 28, sebelum ini terpaksa menunda  beberapa siri konsert yang dijadualkan selepas dia disahkan menghidap penyakit Ramsay-Hunt Syndrome pada bulan lalu.

Justin bakal terbang ke Itali untuk mengadakan persembahan di Itali pada 31 Julai ini sebelum kembali meneruskan jelajahnya ke negara-negara di Eropah, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand.

Justin bakal menjayakan persembahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.

Pada bulan lalu, penyanyi lagu Baby ini telah mengejutkan peminatnya yg berada di seluruh dunia apabila tiba-tiba dia telah mengalami lumpuh separuh wajah dipercayai serangan virus yang dikenali sebagai Ramsay Hunt.

 

Leave a Comment

Share Artikel Ini