Johan Sah Sertai Segmen Pagi Hot FM

Bekas penyampai radio Era serta pelawak, Johan yang popular dengan segmen Johara Pagi Era kini sah menyertai setesen radio Hot FM.

Bermula 2 Ogos, Johan akan bergandingan bersama Fara Fauzana dan AG di dalam segmen pagi bernama Bekpes Hot, Hahaha-Ngat.

Menurut Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, barisan penyampai dan ‘tagline’ yang baru bertujuan memberikan satu kelainan untuk tampil lebih hangat dan terbaik.

“Hot FM tampil dengan pembaharuan sekali lagi dengan penjenamaan semula ‘tagline’ stesen dan kehadiran dua tonggak terbaru Hot FM iaitu Johan dan Fizi Ali yang pastinya akan memberikan satu kelainan pada barisan penyampai dan stesen Hot FM itu sendiri untuk tampil lebih hangat dan terbaik.

“Dengan nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat pastinya akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama pengisian dan kandungan segmen yang lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar.

“Perubahan ‘tagline’ ini dibuat adalah kerana elemen identiti jenama ini mampu memberikan gambaran yang menarik dan terbaik dari semasa ke semasa. Komponen daripada ‘tagline’ ini berupaya memberikan lebih banyak info mengenai pengisian dan kandungan yang dibuat oleh Hot FM,”

Leave a Comment

Share Artikel Ini