HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Gosip

Jihan Muse Pilih Untuk Berehat Seketika

admin by admin
October 27, 2022
in Gosip
0 0
0
Jihan Muse Pilih Untuk Berehat Seketika
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pelawak dan pengacara berbakat , Jihan Muse, 39, telah membuat keputusan untuk berehat sementara daripada sebarang aktiviti lakonan dan pengacaraan kerana masih lagi berpantang dan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak keduanya itu.

Jihan yang melahirkan anak keduanya pada 6 September lalu mengumumkan bahawa dirinya tidak akan menyertai Gegar Vaganza kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Perkara itu telah dikongsikan oleh pihak pengurusan bakat yang dinaungi Jihan iaitu Laugh Out Loud Entertainment menerusi satu kenyataan di media sosial.

Berehat Seketika

Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertainment, Abdul Afiq Abdul Wahab menerusi kenyataan itu berkata, pihaknya selaku pengurusan Jihan mengesahkan bahawa pengacara wanita itu kini berehat seketika daripada sebagai program TV.

“Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir. Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini,” katanya.

Malah Jihan sudah membuat keputusan awal yang mana dia tidak akan bersama dengan Nabil dan menggantikan Kak Lina dalam program Gegar VAganza yang sedang berlangsung.

Namun Abdul Afiq berkata, Jihan sempat menzahirkan rasa gembiranya dan terhibur ketika menyaksikan GV9 tahun ini dan sentiasa mengikuti perkembangan program itu.

Malah Jihan juga berpendapat yang Elly Mazlein berjaya menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan masih mengekalkan kemeriahan GV9 dengan cara tersendiri walaupun mendapat banyak kritikan daripada penonton.

BACA INI :PU Abu Akui Terharu Namun Bersyukur Kerana Miliki Isteri Yang Setia

“Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program tv yang sentiasa ‘trending’ (sohor kini) di semua platform media sosial. Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini malah makin meningkat,” katanya.

Sekadar info , Jihan telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan mereka sudah dikurniakan cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Pada awal program Gegar Vaganza 9 (GV9) dirinya masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, yang mana pada ketika itu dia sudah menanti kelahiran anak keduanya.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist