Pelakon Jasmin Hamid yang dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital selepas mengalami serangan jantung dilaporkan sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah.
Dia menyatakan betapa dia bersyukur kerana dengan izin Allah dan berkat doa suami serta ahli keluarga, dia semakin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital.
“Allah maha baik. Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mertua, keluarga, sanak saudara, kenalan dan kalian semua.
“Saya sudah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital petang ini kerana serangan jantung baru-baru ini untuk pertama kalinya,”
Dia turut mengucapkan berbanyak terima kasih terhadap semua yang sempat menziarahinya sewaktu di hospital. Ucapan tersebut turut ditujukan kepada yang masih menyayangi dirinya dengan tiada henti bertanyakan khabar serta mendoakan kesihatannya.
“Terima kasih juga kepada semua yang sempat ziarah saya di hospital. Pada semua yang sayang saya sebab tak henti bertanyakan khabar dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih,”