“Janganlah Dia Melupakan Tiga Anaknya Ini ,” – Bekas Isteri Mahu Cliff Umar Bertanggungjawab

Terdahulu hangat diperkatakan tentang Cliff Umar yang dikatakan tidak memperdulikan anak- anaknya sehingga bekas isterinya terpaksa menanggung segala keperluan anak tanpa bantuannya.

Malah Cliff hanya mendiamkan diri dan sehingga kini tidak memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut kerana tidak mahu membicarakan soal rumahtangga kepada umum.

Bekas isterinya sering berkongsi segala aktivitinya di media sosaila sehingga mendapat perhatian daripada orang ramai namun ada yang mempersoalkan tindakan yang dilakukan itu.

Zurini Hasbullah mengakui terkilan apabila netizen tidak cuba untuk memahami kepayahan dirinya membesarkan anak- anak malah diremehkan netizen tanpa merasa simpati kepadanya sebagai ibu tunggal yang tidak bekerjaya.

“Orang boleh kecam saya, tuduh saya macam-macam. Tetapi jika mereka berada di tempat saya, mungkin mereka faham keperitan yang terpaksa saya tanggung selama ini.”

Anak Istimewa

Zurini juga berkongsi yang dua daripada anak lelakinya yang berusia 14 dan 11 tahun disahkan mengidap autisme dan disleksia manakala anak perempuan bongsu yang berusia lapan tahun pula turut menunjukkan tanda-tanda penyakit itu dan kini masih dalam pemerhatian pakar.

Bekas pramugari berusia 43 tahun itu turut menjelaskan tujuan dia berkongsi segalanya di aplikasi TikTok adalah bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan menyedarkan bekas suaminya mengenai tanggungjawab terhadap tiga anak mereka dan bukannya untuk meraih simpati semata – mata.

“Jujur saya katakan, sejak kami mendirikan rumah tangga di Kuala Lumpur pada 2009, segala perbelanjaan saya tanggung kerana suami tiada pekerjaan tetap.

“Kami sah bercerai pada 2019, itu pun selepas saya sendirian turun naik mahkamah di Kuching berkali-kali untuk menuntut fasakh selepas suami gagal dikesan untuk tempoh yang lama,” katanya lagi.

Setelah lama lama berpisah , dia hanya dapat melihat bekas suaminya itu apabila Cliff menyertai rancangan Gegar Vaganza dan menjadi juara dalam program tersebut dan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Malah dia turut viral di aplikasi tersebut setelah berkongsi masalah nafkah anak mereka sehingga di gelar perempuan mata duitan kerana disangka hanya mahukan duit bekas suaminya itu .

“Ada warganet yang tidak mengenali saya pun malah tidak tahu cerita sebenar, tiba-tiba menuduh saya sebagai ‘gold digger’, mengambil kesempatan atas kemenangan dialah dan macam-macam lagi.”

“Apa yang saya lakukan ialah untuk menuntut supaya bekas suami menyedari tanggungjawab dia untuk memberi nafkah kepada anak-anaknya yang semakin membesar, itu saja,” katanya.

Walaupun ditinggalkan bercerai dan ditinggalkan tanpa nafkah kepada anak – anaknya , Zurini masih berusaha menampung kehidupan mereka semia dengan menjual kraftangan iaitu beg kait yang dihasilkannya sendiri.

Tiga orang anaknya turut mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) serta bantuan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang mana bantuan tersebut diterima setiap tiga bulan sekali.

Malah dia juga mendapat bantuan berupa wang ringgit daripada sahabat lama daripada Singapura dan Kuala Lumpur bagi meringankan beban yang ditanggungnya itu.

Diakhir pertemuan tersebut , Zurini sempat berpesan kepada bekas suaminya agar menyedari tanggungjawabnya sebagai bapa kepada tiga anak istimewa itu dan berubah sebelum terlambat.

“Selagi ada peluang untuk berubah ke arah kebaikan, berubahlah sebab kita tidak selamanya muda , berubahlah segera sebelum ajal menjemput, sebelum kita kehilangan masa dan kehilangan kasih sayang anak-anak,” katanya..

Sementara itu, Cliff ketika dihubungi media masih enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan hanya memilih untuk mendiamkan diri agar tidak mengeruhkan keadaan .

BACA INI JUGA :Netizen Buat Spekulasi Tentang Hubungan Anju Dan Tunang

“Minta maaf. Ini masalah peribadi dan saya selesaikan dengan dia (bekas isteri) sendiri. Saya harap orang lain hormat keputusan untuk tidak masuk campur dalam hal peribadi saya,” katanya kepada Harian Metro.

Leave a Comment