“Jangan bodoh – bodohkan kite’, – Syanie

Pelakon dan pelawak , Syanie kini sudah lama tidak muncul di televisyen dan berkongsi pendapatnya tentang cara pengambilan pelakon di Malaysia.

Syanie mengakui dirinya tidak bersetuju apabila segelintir produksi mengambil keputusan untuk membayar artis berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Namun terpaksa menerima segalanya kerana mahu kekal relevan dalam industri tanah air yang semakin menitikkan beratkan pengikut di media sosial bagi membuktikan betapa popularnya artis tersebut.

Syanie atau Syaniza Hisham, 49 menjelaskan yang upah atau bayaran bagi segelintir pelakon sepatutnya dibuat berdasarkan pengalaman mereka dan bukanlah melihat kepada jumlah pengikut di media sosial.

 

Tak Adil

Perkara tersebut juga dirasakan tidak adil buat pelakon veteran yang sudah berusia kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai akaun atau tidak terlalu aktif di media sosial.

“Saya tak suka apabila sekarang kalau ada produksi nak panggil berlakon mereka lihat jumlah pengikut di media sosial.”

“Itu tidak adil untuk artis veteran, cuba bayangkan kalau 30 tahun lepas sudah ada media sosial , bayangkan pengikut saya sekarang banyak mana.”

“Saya sepatutnya dinilai mengikut pengalaman saya dan bukan melihat jumlah pengikut media sosial saya,” katanya lagi.

Dia mengakui yang dirinya tidak terlalu rajin untuk berkongsi segalanya di media sosial kerana tidak mahu berkongsi segalanya di media sosial dan terlalu sibuk dengan urusan hariannya.

 

Syanie juga turut memberikan harganya sendiri jika diminta untuk berlakon dan harga yang diberikan adalah berdasarkan pengalamannya sebagai pelakon selama 30 tahun.

Tidak melatah jika ditolak kerana harganya yang tidak menepati keinginanya produksi , Syanie hanya menerima tawaran jika kedua belah pihak bersetuju dengan bayaran yang ditawarkan.

“Jangan bodoh – bodohkan kita macam kita tak tahu apa- apa “, kata Syanie.

Walaupun sudah tidak banyak mendapat tawaran dalam lakonan namun Syanie kini sudah menjadi usahawan makanan yang berjaya melalui media sosial miliknya.

BACA INI :Ahirine Nafi Ada Hubungan dengan Farid Kamil

Mempunyai jumlah pengikut sebanyak 22 ribu , usaha milik Syanie mendapat permintaan yang tinggi dan sentiasa menjadi tarikan ramai kerana keenakkan serta kualiti yang diberikan.

Leave a Comment

Share Artikel Ini