‘Jadual Padat, Bukan Tidak Dapat Tawaran Watak Utama’ – Izzue Islam

Pelakon juga penyanyi Izzue Islam baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bagi menjawab persoalan tentang mengapa dia sudah tidak berlakon sebagai watak utama.

Katanya jadual kerja terbaru yang dihadapinya agak terhad. Dia terpaksa membahagikan masa di antara komitmen lakonan dan juga pengacaraan.

“Sebenarnya memang ada tawaran untuk watak utama tapi disebabkan jadual kerja sekarang ini saya kena bahagi-bahagikan antara lakonan dan pengacaraan”

“Saya memang kena pilih sekarang ini, sebab takut bertembung dengan jadual pengacaraan yang sudah sedia ada”

“Kalau ambil watak utama saya perlu beri komitmen 100 peratus dan hari-hari perlu terbabit dalam lakonan,”

Apabila ditanya mengenai bidang pengacaraan, dia akui bahawa dirinya masih baru dan kurang berpengalaman namun dia tetap mahu berikan yang terbaik.

“Saya memang terlalu baru dalam bidang pengacaraan dan tak banyak pengalaman macam orang lain. Tapi saya cuba untuk buat yang terbaik”

“Perasaan segan itu masih ada dan risau takut tersalah. Jadi saya banyak ambil pengalaman dan nasihat daripada orang-orang lama untuk saya gunakan dalam pengacaraan”

Leave a Comment

Share Artikel Ini