“Itu standard, bukan nak cakap ‘demand’ ” – Wanna Ali kongsi ciri lelaki idaman

Pelakon baru , Wanna Ali baru – baru ini berkongsi tentang lelaki idaman yang dia mahukan dan perkara ini telah menjadi tular hingga ada yang mengatakan dirinya sebagai wanita tidak sedar diri dan perasan cantik.

Wanna berkongi bahawa dia sememangnya mahukan seorang lelaki yang mampu memberikan kesenangan hidup buat dirinya kerana dia sudah biasa hidup selesa dan serba mewah.

Pelakon berusia 24 tahun itu malah mengakui yang dia perlukan bakal suami yang boleh membimbing dirinya ke arah yang lebih baik dan menjaga dirinya dengan baik.

“Sekarang saya mencari lelaki yang boleh bimbing saya dunia dan akhirat. Ibu bapa saya sendiri pun pastinya nakkan calon menantu yang kewangan stabil, kesimpulannya boleh jaga saya lebih baik berbanding mereka.”

Mengakui dirinya sememangnya hidup senang sejak kecil , Wanna tidak peduli tentang pandangan orang lain dan tetap dengan pendiriannya dalam memilih pasangan hidup.

“Itu standard, bukan nak cakap ‘demand’. Sebab saya sudah biasa hidup selesa. Jadi kalau saya berkahwin dan hidup dalam kesusahan, saya takkan biarkan itu berlaku.”

“Lagi pula, bukannya saya tak mampu menyara diri pun dan saya ada hak untuk memiliki ‘high maintenance’. Sebab saya sendiri yang memastikan hal itu dijaga dengan rapi,” katanya.

Beri Keselesaan

Anak kepada penerbit filem , Datuk Ayu Puteh itu turut berkongsi bahawa dirinya seorang yang sangat berdikari namun dia lebih memerlukan lelaki yang mampu memberikan keselesaan hidup padanya selepas berkahwin.

“Sewaktu habis sekolah dan berada di universiti pun, saya bekerja sendiri cari duit. Ibu cuma bagi duit tuisyen dan belanja yang lain-lain, saya tanggung sendiri.”

“Jadi, kalau saya berjodoh dengan lelaki yang tak boleh berikan apa saya boleh berikan kepada diri sendiri, kenapa saya perlu lelaki sebegitu?,” katanya.

BACA INI :Da’i Syed Sah Bergelar Suami Kepada Hana Ismail

Sekadar info , Wanna Ali pernah membintangi banyak drama filem dan pernah dinobatkan sebagai Gandingan Serasi Filem Popular di ABPBH34 yang mana dia bergandingan dengan Pu RIZ dalam filem Ada Apa Dengan Dosa.

Leave a Comment