Mas Idayu sering mejadi perbualan hangat kerana sikapnya yang tegas dan berterus terang semasa mengandalikan sesuatu program realiti Tv selaku juri tetap.
Malah baru – baru ini , isu bersama Sissy Iman juga menjadi tular selepas Mas Idayu memberikan komen pedas berkenaan persembahan pasangan Famili Dua tersebut.
Rata- rata memberikan komen negatif dan tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Mas Idayu sehingga ada yang melabelkannya sebagai seorang yang tidak layak menjadi juri kerana terlalu mengikut emosi.
Terbaru, tular pula perkongsian video di TikTok daripada seorang penyampai radio Era FM yang memberikan cadangan buat Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy menyertai program Gegar Vaganza musim kesepuluh, namun hal itu tidak diterima baik olehnya.
“Itu Soalan Bodoh”
Menerusi video dikongsikan di TikTok Era, Mas Idayu yang hadir sebagai tetamu jemputan menyifatkan soalan ditanya Nabil itu adalah bodoh dan tidak perlu ditanya berulang kali.
“Itu soalan bodoh…bagi mummy itu memang stupid,” katanya.
“Mummy rasa masih boleh sebelum betul-betul dilantik sebagai juri tetap. Bukan tak ada nama, ada.. tetapi Mummy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan dan tak payah sebut, mana-mana program lain pun Mummy akan masuk,” ceritanya panjang lebar.
Bukan mahu merendahkan artis yang pernah menyertai program realiti yang lain , Mas Idayu hanya meluahakan apa yang dirasakan tidak perlu kerana dirinya kini sudah sering menjadi juri dan tidak mahu merendahkan tarafnya dengan menyertai pertandingan seperti itu lain pada masa sekarang.
“Pada tahap ini, artis yang sudah menjadi juri tetap dan sentiasa dipanggil jadi juri dalam mana-mana program, jangan jatuhkan level kami,” katanya.
Menjengah keruangan perkongsian tersebut , netizen bersetuju dengan pendapat Mas idayu yang mana dia tidak perlu menyertai pertandingan lagi kerana tiada keperluan dia berbuat demikian.
BACA INI :“Kau Nak Kau Datang, Kau Tak NaK Kau Blah , ” – Wanita Dedah Sikap Sebenar Khai Bahar
Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Mas Idayu kerana merasakan ianya terlalu berlagak dan merendahkan orang lain dalam industri walhal dirinya bukanlah berbakat .