Penyanyi bersuara merdu , Usop kini sudah bergelar seorang bapa apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka hari ini .
Usop dilihat berkongsi moment bahagia itu bersama dengan peminat di Ig miliknya dan meluahkan rasa syukur dan bahagia atas kelahiran anak lelakinya itu.
Malah Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, turut mengumumkan nama anak mereka iaitu Muhamad Saif Umar yang dipilih khas buat anak mereka itu.
“Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” tulisnya.
Kongsi Gambar
Bukan itu sahaja , Usop juga tidak keberatan berkongsi gambar isterinya dan anak mereka namun masih menutup wajah anaknya itu agar lebih “privacy”.
Menjengah di ruangan komen hantaran berkenaan , ramai rakan artis yang hadir diruangan komen dan mengucapkan tahniah kepada psangan tersebut malah mendoakan kesejahteraan mereka.
Rata-rata juga turut peminat mengucapkan tahniah dan meninggalkan komen positif kepada pasangan ini serta mendoakan agar Saif Umar menjadi anak yang baik dan soleh.
“Alhamdulillah, tahniah Usop dan Teha. Moga Saif Umar menjadi anak yang soleh.”
“Tahniah Usop dan Teha. Selamat berpantang Teha. Semoga bayi membesar dengan sihat,” tulis netizen.
Pasangan ini selalu menghiburkan peminat apabila kerap live bersama peminat di TIk Tok masing dan terkadang ditemani pasangan sehinggalah Fatihah sarat mengandung.
Bukan itu sahaja , Usop juga sering tampil dalam membantu isterinya berjualan di Tik Tok dan berborak bersama peminat serta menunaikan permintaan lagi dari pengikutnya.
BACA INI :Ada Cecair Terkumpul , Badan Mafarikha Terpaksa Ditebuk
Sekadar info , Usop dan Fatihah bernikah di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang pada 4 Februari 2022 dan beberapa bulan kemudian Usop dilihat begitu teruja apabila berkongsi berita gembira tentang kehamilan isterinya kepada peminat .