Isteri Fizo Omar Selamat Bersalin Anak Perempuan

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, bayi perempuan pada jam 12.39 tengah malam tadi di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi, Fizo turut memaklumkan anak mereka dilahirkan dua minggu awal daripada tarikh sepatutnya.

“Alhamdulillah, another beautiful gift from Allah. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan 2 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Keadaan isteri selamat dan bayi sangat comel,” tulisnya.

Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021 tahu lalu secara tertutup di sebuah resort di Janda Baik.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam kini berusia lima tahun.

Leave a Comment

Share Artikel Ini