Hari ini , isteri kepada pelakon Afiq Muiz , Pachara Apin telah membuat permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, di sini, pada jam 10.58 pagi tadi.
Dia hadir ke Makhamah berseorangan dengan mengenakan jubah hitam dan pelitup namun tetap menyambut sapaan media sebelum bergegas memasuki dewan.
Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya , 32 menjelasakan sebab tindakannya membuat permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, kerana Afiq enggan bekerjasama.
“Afiq tidak beri kerjasama langsung. Dia tahu mengenai tuntutan cerai secara fasakh pada hari ini tetapi enggan memberi kerjasama,” kata Panchara.
Sementara itu, peguam Syarie yang mewakili Pachara, Suriati Ab Ghani berkata, sebelum ini pihaknya sudah memfailkan cerai secara baik pada Ogos tahun lalu tetapi Afiq gagal dihubungi.
“Bila tak sampai pada tangan dia, jadi kes tak boleh jalan dan terpaksa ambil kaedah menggunakan tuntutan fasakh’,” jelasnya lagi.
Gantung Tak Bertali
Malah Suriati berkata bahawa Pachara juga sudah tidak menerima sebarang nafkah atau dengan kata lain digantung tidak bertali sejak Julai 2021 .
“Dia gantung tidak bertali sejak Julai 2021 sehingga sekarang dan memang dia sudah tinggalkan Pachara,” katanya.
Terdahulu, Pachara yang juga pelakon berasal dari Ranau, Sabah itu memuat naik kenyataan di Facebook dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki serta jarinya patah.
Perkongsian daripada Pachara itu turut mendapat maklumbalas daripda adik kepada Afiq yang juga pelakon, Aishah Azman yang mendakwa bahawa Panchara sengaja membuat kenyataan paksu dan fitnah kerana mahu memburukkan abangnya itu.
Malah Afiq turut bertindak dengan membuat laporan di Balai Polis, Dengkil, Selangor tahun lalu untuk membersihkan namanya atas fitmah tersebut sehingga merosakkan reputasinya dalam industri tanah air.
BACA INI :“Saya kesal sebab saya bukan penjenayah “, – Ali Puteh
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2019, namun masih belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.