Penyanyi bersuara emas Hafiz Suip , 32 terpaksa menarik diri dari pentas Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37) pada hujung November ini kerana terikat dengan urusan peribadi yang penting dan tidak dapat dielakkan.
Malah tiada penjelasan lebih lanjut berkenaan perkara tersebut dan pihak pengurusan sudah melakukan yang terbaik agar lagu itu masih boleh dipersembahkan di pentas berprestij itu.
Pengurus kepada Hafiz yang dikenali sebagai Am mengakui dirinya sendiri sukar untuk menghubungi Hafiz ketika ini dan masih belum mendapat penjelasan daripada penyanyi tersebut.
“Saya kirim mesej WhatsApp kepada dia dan setakat ini masih belum dapat balasan lagi. Buat masa sekarang, dia sukar untuk dihubungi.”
“Memang kebetulan pada SFMM37 kali ini, Hafiz tak dapat ikut serta beraksi kerana urusan peribadi yang tidak dapat dielakkannya. Dia pun mohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagunya yang dicalonkan itu,” katanya .
Hafiz yang sepatutnya berganding dengan penyanyi terkenal , Ernie Zakri untuk menyanyikan lagu duet popular , Berakhir Pencarianku tidak dapat turut serta walaupun sudah diberitahu.
Turut Serta
Namun Hafiz dan Erni mungkin akan turut serta sekiranya lagu tersebut layak dan terpilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) nanti.
“Cuma, sekarang untuk SFMM37, masa tidak kena,” jelas Hafiz.
Sebelum ini , Hafiz dikatakan telah tarik diri dari SFMM37 dan ianya sudah dimaklumkan Nova Music (M) Sdn Bhd menerusi satu kenyataan media .
Disebabkan Hafiz yang tidak dapat memberi komitmen semasa persembahan tersebut , Nova Music turut menggantikan tempat Hafiz dengan penyanyi, Ahmad Syafiq, manakala Ernie digantikan dengan Wani Kayrie.
Tindakan tersebut juga membuatkan penyanyi Erni merasa kecewa namun masih menghormati keputusan pihak pengurusan dan berharap lagu tersebut mara ke final.
BACA INI :“Rela Berkorban Segalanya Buat Anak” – Mona Allen
Sebanyak 30 lagu dipilih berentap di SFMM37 yang bakal berlangsung selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 November nanti jam 3 petang.