Setelah mendapat keputusan berkenaan isu saman baru – baru ini , penerbit terkenal , Datuk A.Aida mengatakan yang dirinya tidak akan berkerjasama lagi dengan Amelia pada masa akan datang.
Aida mengakui dirinya tidak pernah berjumpa artis yang seperti Amelia dan telah menyenarai hitamkan nama Amelia daripada terlibat dalam produksinya .
Merasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Amelia , Aida menyatakan yang hatinya sudah tertutup dan tidak mahu lagi terlibat dengan pelakon seperti Amelia.
Takkan Bekerjasama Lagi
“Saya akan ‘blacklist’ dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi.”
“Macam saya cakap, ini pertama kali jumpa artis spesis sebegini. Lain kali kalau ambil (berlakon), mungkin dia akan buat lagi. Jadi, saya dah tutup pintu hati saya untuk memanggilnya berlakon lagi. ‘No more’!,” katanya.
Malah Aida bersedia memberikan peluang kepada nama baru untuk bekerjasama dengan dirinya kerana bakat baru lebih menghargai peluang yang diberikan oleh orang lain dan tidak menyusahkan dirinya seperti ini.
Perkara yang terjadi menyebabkan Aida lebih berhati – hati dalam mengambil pelakon yang akan bekerjasama dengannya dan tidak mahu perkara sama berulang.
“Saya nak beri peluang kepada artis-artis baharu yang tidak bermasalah. Tak nak dah artis yang esok nak ‘shoot’ (mulakan penggambaran), malamnya tarik diri. Minta maaflah,” katanya.
Terdahulu, Amelia diarahkan membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn.Bhd dan pihak Mahkamah turut memutuskan agar Amelia memohon maaf serta memadam perkongsian video dalam Instagram yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat milik A. Aida.
BACA INI :Beberapa Kali Jalani Pembedahan , Naz Rahman Ada Tumor Dalam Perut
Namun pihak Amelia difahamkan telah membuat rayuan berkenaan saman tersebut .