Satu perkongsian daripada isteri kepada pellakon , Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi tukar di media sosial apabila dilihat cedera pada bahagian muka sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Gambar pertama dipadam namun sempat diambil oleh netizen dan mendakwa muka Shuhada pada gambar tersebut dilihat teruk dan berdarah pada bagaian sebelah mukanya.
Tidak hanya mendiamkan diri , ahli keluarga turut mengesahkan Shuhada telah ditumbuk tiga kali oleh Hafidz Roshdi selepas berlaku pertengkaran antara meraka semasa berjumpa bagi urusan penceraian.
Selepas kejadian tersebut , Shuhada telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan serta laporan polis sudah pun dibuat oleh ahli keluarga yang menjadi saksi kejadian tersebut.
Cedera Pada Bahagian Muka
“Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi. Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka,” katanya.
“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.”
“Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” jelasnya lagi.
Ahli keluarga juga menjelaskan yang berkata Shuhada masih dalam keadaan terkejut dan sedang berehat daripada berjumpa orang luar dan media kerana cedera yang teruk pada bahagian wajahnya.
“Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat. Syukur keadaannya kini stabil,” katanya.
Hafidz dilihat begitu tenang dan masih sempat memuat naik video bersama anaknya dengan caption yang membuatkan netizen menghentam dan mengecamnya di media sosial miliknya.
“Kata la apa pun. Orang bukan tahu mcm mana Abah sayang anak2. Tanggungjawap dekat anak2 tetap No Syahtttuu 🥲”, tulis Hafidz di Ig miliknya.
Rata – rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Hafidz dan mengelar dirinya sebagai dayus dengan pengecut kerana melakukan ibu kepada anak- anaknya seperti itu.
Walaupun pertama kali memukul Shuhada semalam perkahwinan mereka namun netizen mendakwa yang Hafidz mempunyai masalah mental dan perlu dirawat malah berharap agar pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sepatutnya kerana bimbang dia mencederakan anak – anak mereka pula.
Terdahulu , kisah pasangan ini menjadi tular apabila Shuhada mula mendedahkan kemelut rumahtangga yang melanda perkahwinan mereka sehingga Hafidz tekad melafazkan cerai talak satu Shuhada baru – baru ini .
BACA INI :“Kekasih Gelap” Hafidz Roshdi Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Isterinya
Shuhada juga sudah menerima dengan hati yang terbuka dan redha dengan segala apa yang berlaku malah mendoakan agar suaminya bahagia bersama wanita pilihannya .