Ibu Wak Doyok ‘Reject’ Calon Menantu Status Janda, Kena Cari Anak Dara!

Pelakon dan usahawan Wak Doyok masih berstatus solo biarpun umurnya sudah memasuki 43 tahun. Tidak terburu-buru mencari jodoh, Wak berserah pada perancangan Allah SWT..

Menerusi video pendek di TikTok @majalahnona, Wak bersama ibu tercinta dilihat sedang ditemu bual mengenai perihal calon isteri.

Kata ibu Wak, calon menantu pilihan dia adalah anak dara. Tegas wanita berumur 76 tahun ini, dia menolak sekiranya bakal isteri anak lelakinya itu merupakan seorang janda.

Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh dia tetap makcik tak nak!

Sambil ketawa, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menyifatkan soal jodoh susah untuk diperkatakan kerana itu rahsia Allah.

Bukan makcik yang nak kahwin tapi saya nak kahwin. Tapi susah kan? Kalau jodoh kita tak tahu.

Bercerita mengenai ciri-ciri wanita pilihan, syarat utama adalah untuk tinggal bersama dengan mentua selepas berkahwin.

Kalau ada yang nak jadi isteri saya akan interview dahulu. Boleh atau tidak tinggal bersama ibu saya? Jika tidak saya akan kata goodbye!

Ibu adalah kunci kepada pintu rezeki dan kebahagiaan. Saya korbankan masa untuk mencari cinta demi memberi tumpuan kepada ibu memandang usia dia juga semakin meningkat.

Leave a Comment

Share Artikel Ini