Tiba – tiba tular tentang beberapa kenyataan daripada adik Sajat mengenai Sajat dan telah membuatkan netizen cuba mencungkil rahsia mereka dengan meminta mereka berkongsi kenyataan di media sosial .
Walaupun mendapat pesanan agar tidak membuka aib antara mereka daripada netizen , Sajat dan Mustika tetap berbalas kenyataan sehingga Sajat kelihatan menangis kerana menahan sebak apabila diburukkan oleh adik kandungnya sendiri.
Setelah puas berbalas kenyataan sehingga membabitkan ibunya yang tidak pernah bersuara selama ini , ibunya telah tampil membuat kenyataan bahawa dirinya tidak menyebelahi sesiapa dan mahukan mereka berbaik seperti sebelum ini.
Maimon Omar mengakui dirinya sangat menyayangi kedua anaknya itu dan tidak mahu mereka membuka aib dengan bergaduh seperti itu di media kerana ianya melibatkan banyak pihak.
Saya Sayang Mereka
“Tak kiralah anak itu jahat macam mana sekalipun saya tetap sayang dia. Sebab tiada mak di dunia ini yang tak sayang anak.”
“Jadi saya tak nak mereka bergaduh sampai mahu berputus saudara , itu tak baik dan tidak dialu-alukan dalam Islam,” katanya.
Ibunya telah berusaha menenangkan mereka dan sudah menasihati mereka agar bersabar dan berdiam diri daripada mengeluarkan sebanrang kenyataan yang boleh mengakibatkan hubungan mereka sekeluarga rosak kerana batu api daripada netizen.
“Saya tak masuk mana-mana belah pihak. Dua-dua saya sayang, walau macam mana pun dia, dia tetap anak saya. Dua-dua saya back up. “
“Nak tenangkan Sajat, saya akan cakap dah la..dahla. Nak tenangkan Mustika pun, saya akan cakap dah la, kau jangan buat lagi apa dia tak suka. Nak tenangkan tak nak bagi bergaduh.”
“Saya tak tahu masa Sajat telefon tu tengah Live, saya cerita macam biasa tapi rupanya dia gunakan apa saya cakap tu buat orang dengar. Dah la dulu orang cakap saya mata duitan,” ceritanya lagi.
Maimon turut memberikan pesanan agar anak lelakinya , Sajat agar berdiam diri dan tidak lagi bergaduh dengan Mustika walaupun ada perkara yang membuatkan mereka bertengkar kerana ia sangat memalukan mereka sekeluarga.
“Nak pesan pada Sajat… tak suka diam! Sebab bila dia buat macam ini bukan sahaja satu Malaysia tapi satu dunia tahu masalah keluarga,” katanya.
BACA INI :“Seolah saya ini batak dan gelojoh” – Ungku Ismail luah rasa kecewa
Namun mereka masih lagi membuat live dan vidoe yang memerli antara satu sama lain dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong dan tidak suka dengan tindakan mereka menjaja kisah keluarga sehingga diketahui dunia.