Hubungan Shuk Dan Sera Sudah Temui Titik Noktah

Baru-baru ini isteri kepada pelakon/pelawak Shuk, Rossa Sera dilihat muncul di dalam rancangan MeleTOP memberitahu bahawa hubungan mereka sudah bertemu titik noktah. Mereka dikatakan sudah mengambil keputusan yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak.

Sera sebelum ini membuat kenyataan bahawa dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk sejak November tahun lalu. Namun begitu, status sebenar rumah tangga mereka masih menjadi tanda tanya.

Menurut Sera, dia menyerahkan segalanya berkenaan isu rumah tangga mereka di mahkamah itu kepada pihak yang berwajib.

Dia juga berharap agar Shuk bersamanya untuk tetap berusaha menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anak-anak mereka di masa depan.

“Tapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak berwajib bagi menguruskan semuanya. Sudah tentu saya berharap dapat selesaikan masalah ini dengan cara terbaik untuk kami berdua,”

“Apa yang saya harapkan selepas ini adalah saya dan Shuk tetap berusaha menjadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak. Ini kerana kami masih mempunyai peluang untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak kami. Insya-Allah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah,”

Melalui perkahwinan mereka pada tahun 2015, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata bernama Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Leave a Comment

Share Artikel Ini