Fadlan Hazim telah menjadi ‘buah mulut’ netizen apabila satu video TikTok menampilkan dia bersama kekasihnya Aiya Mukhamedsalova menari bersama-sama.
Yang menjadi perbualan bukanlah tentang video menarinya itu tetapi keberadaan mereka berdua semasa video itu dirakam.
kedua-dua pasangan itu difahamkan merakam video berkenaan di sebuah bilik hotel ketika bercuti di Penang.
Walaupun mereka berdua mengenakan pelitup muka, tetapi ramai yang mengetahui identiti pelakon berkenaan.
Dibahagian komen video Tiktok itu terdapat netizen yang memberikan nasihat, dan ada juga seakan-akan memerli pelakon itu.
Sebelum ini pelakon Fadlan Hazim terpalit dengan kontroversi kerana disangka membuat tatu di bahagian belah kanan betisnya ketika berkunjung ke Bali, Indonesia.