HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Artis Malaysia

“Hentikan body shaming dan hormat antara satu sama lain,”- Eizlan Yusof

admin by admin
March 26, 2023
in Artis Malaysia, Gosip
0 0
0
"Hentikan body shaming dan hormat antara satu sama lain,”- Eizlan Yusof
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon veteran , Datuk Seri Eizlan Yusof membuat perkongsian di media sosial miliknya dengan meluahkan pendapat tentang kredibiliti seorang pelakon .

Malah Dato Eizlan menjelaskan bahawa faktor usia dan fizikal tidak menghalang seseorang pelakon itu melakonkan filem aksi asalkan mengikut kemampuan semasa pelakon berkenaan.

“Dah tua, yes.. dah gemuk, yes.. tapi boleh saja berlakon filem aksi ikut momentum semasa,” tulisnya.

Tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah individu yang memperlekehkan pelakon berusia , Eizlan turut menitipkan pesanan agar tidak terlalu berbangga diri dan sombong.

 

Hormat Satu Sama Lain

Dia juga berharap tiada lagi body shaming berlaku dalam industri dan lebih menghormati antara satu sama lain agar tidak menyakiti hati orang lain demi kepentingan sendiri.

“Dalam hidup kita ini, jangan terlalu mendongak ke  langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi. Sekadar pandangan daripada orang tua yang kerdil ini. Hentikan body shaming dan hormat antara satu sama lain,” tulisnya.

Rakan artis dan netizen juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Eizlan dan berharap isu seperti itu tidak lagi dibangkitkan lagi kerana setiap pelakon ada kelebihannya tersendiri .

 

 

Malah netizen memuji Eizlan kerana masih lagi kelihatan muda dan kacak pada usia 51 tahun dan banyak mendapat tawaran berlakon dalam banyak drama dan juga filem.

BACA INI :“Saya sebenarnya kesal, kecewa dan sedih “, – Nabil Ahmad

Sentiasa mendapat tawaran dalam pelbagai watak , Eizlan bersyukur kerana masih menjadi pilihan produser dan orang ramai kerana bakatnya .

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist