Pelakon kacukan , Amelia Henderson mengakui kepada media yang dia tidak takut menerima sebarang kritikan dan kecaman terhadap dirinya berkenaan imej seksi yang sering digayakannya.
Malah dia sudah bersedia menerima segalanya sebelum mula berkecimpung dalam dunia seni yang sememangnya sentiasa terdedah kepada komen postitif dan negatif tanpa batas.
“Apabila bekerja sebagai seorang figura awam, memang akan ramai orang yang boleh bercakap pasal saya. Masuk sahaja ke bidang hiburan, saya perlu bersedia dengan semua kecaman dan kritikan sebegitu,” ujarnya.
Tidak mahu telalu memikirkan komen negatif yang dilemparkan kepadanya , Amelia sentiasa menerima segala kritikan dengan hati terbuka dan selesa menjadi diri sendiri.
Walaupun menerima komen dengan positif dan mengakui kebenaran dalam komen yang ditinggalkan netizen namun adakalanya perkara itu tidak benar .
“Saya terbuka dengan semua komen yang orang berikan pada saya. Dalam masa sama, saya sangat jelas dengan diri saya dan hanya saya yang tahu siapa saya.
“Kadang-kadang terdapat kebenaran dalam komen netizen namun ada kalanya tidak betul. Pada akhirnya, mereka tiada pun dengan saya setiap hari dan tidak kenal siapa saya,” katanya.
Sokongan Keluarga
Amelia hanya menerima segala teguran dan menjadi panduan untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik pada masa akan datang sehingga dapat memuaskan hati semua pihak.
Buat masa sekarang , Amelia merasa bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga dan insan tersayang yang selalu berada disampingnya.
“Selagi keluarga saya sayang dan sokong saya, saya bersyukur. Inilah diri saya, sekurang-kurangnya saya jujur dengan pendirian sendiri,” katanya.
BACA INI :Liyana Jasmay Bimbang Tentang Kanser , Lebih Utamakan Kesihatan
Bercerita tentang kerjayanya kini , Amelia sedang sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan dan menjadi duta bagi beberapa produk jenama popular .