“Hampir setiap hari menangis,”- Mimi Lana

Pelakon dan model jelita , Mimi Lana mengakui dirinya sebenarnya tidak suka berambut pendek dan terpaksa melakukannya demi menjayakan sebuah watak.

Dia juga mengatakan dirinya merasa sedih sewaktu membuat keputusan tersebut serta menyifatkan dirinya seperti hilang sesuatu apabila rambutnya dipotong pendek.

Melalui sebuah hantaran di Ig miliknya , dia berkongsi tentang pengalaman dan perasaannya selepas rambutnya dipotong namun merasakan perkara itu berbaloi demi ,mengejar kerjayanya menjadi pelakon yang hebat dan berjaya suatu masa nanti.

“Rambut saya adalah segala-galanya. Untuk potong rambut sependek ini bukanlah satu benda yang indah buat perempuan macam saya.

“Tapi atas tuntutan watak untuk filem akan datang, saya terpaksa juga potong. Sebab karakter yang saya bawa memang tak sesuai berambut panjang.

“Bila rambut pendek ni, saya rasa hilang semua benda, hampir setiap hati menangis minggu pertama. Tapi lama lama dah biasa dah,” tulisnya.”

BACA INI : Muat Naik Status Sedih , Perkahwinan Mas Idayu Dikatakan Bermasalah

Malah Lana merasa diperhatikan sehingga ramai yang menyangka dia bermasalah dan putus cinta gara- gara rambutnya dipotong pendek seperti itu.

“Kepada semua yang selalu tanya saya, kenapa? Tak suka lah rambut macam ni, sampai ada pernah cakap saya depression, putus cinta lah macam macam lagi… bukan sebab itu ya.”

Lana mengakui banyak cabaran yang perlu ditempuhi sebagai demi menjadi pelakon yang berjaya dan hebat yang mana ianya memerlukan pengorbanan secara mental dan fizikal.

 

“Ia adalah kerana tuntutan kerja. Makin lama saya berlakon, sebenarnya makin banyak cabaran yang datang. Kamu bukan saja korbankan jiwa tapi fizikal juga. Tapi saya sukakan kerja saya,” tulisnya.

Dipuji Cantik

Menjengah keruangan komen pada hantaran berkenaan , rata – rata mengiyakan kata- kata Lana dan memuji penampilan pelakon itu yang lebih cantik berambut pendek serta kagum dengan keberaniannya unutk mencuba sesuatu yang baru.

Namun ada juga netizen yang tidak berkenan dengan rambut Lana dan lebih memilih Lana berambut panjang kerana lebih manis dan kelihatan lembut.

Leave a Comment