“Hampa Tak Nak Siapkan Anak Itu Masalah Hampa” – Che Ta

Perkongsian pelakon Rozita Che Wan menjadi perhatian ramai apabila meluahkan kemarahannya apabila ada netizen yang mengecam tindakannya membenarkan anaknya, Aaisyah Dhia Rana bersolek di usia kecil.

Menerusi video dimuat naik, Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata perkata itu tidak perlu diperbesar-besarkan kerana apa yang dilakukan Aaisyah adalah minat peribadi anaknya.

“Tolong dengar. Hampa tak nak siapkan anak itu masalah hampa. Anak saya memang suka bersiap. Takkanlah dia nak nak melaram kami nak larang.. Contoh anak hampa suka melukis, takkan hampa nak marah mereka melukis”

“Anak saya memang suka pakai mekap dan suka melaram. Nanti kalau marah, dia menangis, menangis satu kerja saya nak kena pujuk,” katanya.

Che Ta berkata lagi minat anaknya itu mewarisi dirinya yang sememangnya dari dulu suka berhias cantik.

“Mak dia ratu Malaysia dulu kot, yang hampa pun, mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Kadang-kadang kami pun pening,” katanya.

Dalam pada itu, kata Che Ta mereka yang suka mencari salah dirinya dalam mendidik anak adalah pengguna akaun palsu.

Yang komen semua guna akaun palsu, sekali saya ‘libas’ guna bulu mata saya yang setebal ‘7 petala langit’ ini baru hampa tahu.

“Kalau tak letup hampa kata tak pandai jaga anak, kalau cantik sangat hampa kata kesian zaman budak-budak sekarang itulah inilah. Macam hampa dulu kecil-kecil suka mandi sungai, mak ayah larang pun hampa pergi terjun sungai. Begitulah anak saya.

“Jaga anak hampa sendiri. Sibuk jaga anak orang sampai anak sendiri kelaparan. Hampa nak Aaisyah tinggal dalam gua ke?” katanya.

Leave a Comment

Share Artikel Ini