Hamba Penderaan Seksual R. Kelly Lebih Rela Mati

Penyanyi terkenal R. Kelly telah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun kerana menggunakan status selebritinya untuk mendera kanak-kanak dan wanita secara seksual.

Dia telah disabitkan pada September lalu di New York atas tuduhan jenayah pemerdagangan seks.

Dia telah berdepan dengan tuduhan selama bertahun-tahun dan hakim pada hari Rabu menyifatkan dirinya “tidak pedulikan penderitaan manusia”.

Peguam untuk penyanyi itu, yang nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, berkata dia akan membuat rayuan.

Menjelang hukumannya, segelintir wanita mengambil tindakan untuk berhadapan dengan Kelly.

Seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Angela menggelar penyanyi itu sebagai Pied Piper yang “semakin bertambah keji” dengan setiap mangsa baru.

Manakala mangsa yang lain yang tidak dinamakan memberi keterangan dia telah mematahkan semangat mereka.

“Saya benar-benar berharap saya akan mati setelah apa yang anda buatkan saya rasa,”

Berpakaian penjara dan cermin mata gelap, Kelly enggan membuat kenyataan sendiri dan tidak bertindak balas apabila keputusan itu dijatuhkan.

Hakim Daerah AS Ann Donnelly berkata, selebriti itu telah menggunakan seks sebagai senjata, memaksa mangsanya melakukan perkara yang sukar diungkap dengan kata-kata. Dia juga telah mengakibatkan sesetengah orang dijangkiti dengan penyakit kelamin.

“Anda mengajar mereka bahawa cinta adalah perhambaan dan keganasan,” katanya.

Mahkamah mengambil kira bagaimana Kelly yang terkenal dengan lagu hit seperti I Believe I Can Fly dan Ignition itu menggunakan pengaruhnya untuk memikat wanita dan kanak-kanak ke dalam penderaan seksual selama dua dekad.

Leave a Comment

Share Artikel Ini