Pelakon Julia Farhana yang baru sahaja mendirikan rumahtangga bersama suaminya , Dr. Che Muhammad Hafiz baru baru ini berkongsi rasa tenhtang hatinya yang terguris kerana kata – kata daripada orang ramai terhadap suaminya .
Melalui satu perkongsian di Insta Story miliknya , Julia menjelaskan yang dirinya juga merasa terkesan dengan perkara yang terjadi kepada suaminya dan tidak selesa dengan perkara berkenaan .
Walaupun begitu , dia sudah bersedia menghadapi apa jua cabaran dalam perkahwinannya dan belajar untuk menjadi lebih kuat agar mampu menjadi pendamping yang sentiasa menyokong suaminya.
Suami Baik
Juliana turut berkongsi tentang kebaikkan suaminya dan mengakui sangat bahagia selepas berkahwin kerana suaminya itu seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
“Dia seorang suami yang terbaik, bertanggungjawab, rajin, pemaaf, dan kadang rasa nak nangis tengok sikap kerajinanya.
“Luluh hati seorang isteri ini apabila melihat suami kena fitnah macam-macam. Rasa nak beritahu kebenaran tapi suami tenangkan hati, lapkan air mata dan minta saya menjadi kuat.
“Perkahwinan ini telah mengajar saya untuk menjadi lebih kuat , dia seorang suami yang menakjubkan , dia masih menyimpan baju-baju anak perempuan di dalam almari. Sedih tengok”
“Selain daripada tanggungjawabnya sebagai seorang suami , saya tak mahu berkata apa -apa lagi , ini dugaan kami dan dengan hati ikhlas kami terima”,- tulisnya.
Sekadar info , Julia Farhana dan Dr Che Hafiz dan berkahwin pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang mana majlis tersebut diadakan secara sederhana dan tertutup.
BACA INI :[VIDEO] Lelaki Tunjal Kepala Perempuan, Acah Gangster, Berani Sentuh Anak Orang
Sebelum itu , Che Hafiz juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya Omar pada 2016 sebelum berpisah pada 2020 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura.